Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) memberi bayangan bahawa kelabnya bakal membawa masuk pemain pertahanan skuad kebangsaan, Dion Cools.

Dalam video pengumuman mengenai Fernando Forestieri, terdapat satu scene dimana seseorang menghidupkan penghawa dingin dan meletakkan suhu pada 21 dan perkara ini sekaligus membangkitkan persoalan di kalangan peminat.

Baca Juga:

Ada satu komen yang mengayakan bahawa Dion memakai jersi bernombor 21 ketika beraksi bersama skuad kebangsaan dalam temasya Piala Asia 2023 baru-baru ini dan TMJ membalas komen tersebut.

Perkara ini secara tidak langsung memberi bayangan bahawa pemain yang ketika ini beraksi di Thailand bersama Buriram United itu bakal menyertai juara bertahan Liga Super.

Dion Cools
TMJ

Sebelum ini, Dion Cools menegaskan beliau belum bersedia untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia dan mempunyai hasrat untuk beraksi di liga terbaik Asia pada masa akan datang.

Dion berkata demikian kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana beliau menegaskan masih mempunyai kontrak bersama kelab Thailand, Buriram United dan akan melihat perjalanan kariernya selepas kontraknya tamat.

“Saya belum bersedia untuk pulang ke Malaysia buat masa sekarang. Kemungkinan sentiasa ada tetapi sekarang saya masih komited bersama Buriram United di Thailand. Kita tunggu sahaja apa akan terjadi di masa hadapan.

“Saya sentiasa memberitahu isteri saya bahawa saya suka berada di Asia namun saya juga terlintas di fikiran untuk meneroka budaya lain seperti Jepun atau Korea suatu hari nanti,” katanya.