Setiap orang mahu banggakan ibu bapa masing-masing. Lebih-lebih lagi apabila menggunakan wang hasil kerja keras yang diperolehi setiap bulan.
Bagaimanapun ada segelintir ibu bapa yang berharap anak-anak mereka mendapat lebih daripada apa yang mereka ada.
Baca Juga:
- Buat ‘U-Turn’ Sehingga Honda Jazz Kemalangan, Pemandu Mercedes Serah Diri Mengaku Bersalah
- Pemandu Honda Civic Sanggup Undur Dan ‘Cucuk’ Kereta Di Belakangnya Demi Elak Bayar Tol
- Didakwa Terima ‘Hadiah’ Honda Accord, Pengarah Jabatan Universiti Awam Direman Seminggu
Baru-baru ini seorang individu berkongsi luahan ‘tekanan’ yang dia alami melalui Twitter @ConfessTweetMY apabila ibu bapanya mendesak bilakah dia mahu membeli kereta idaman mereka, model Honda.
Ibu dan ayah kerap bertanya bila nak beli kereta Honda walhal gaji confessor RM1,500 sebulan.
Sedih hidupnya dibandingkan dgn kejayaan anak orang lain. pic.twitter.com/wWZu1B9tdk
— Emosi (@ConfessTweetMY) March 31, 2023
“Dengan gaji RM1,500 ibu bapa saya selalu mendesak untuk saya beli Honda. Kereta idaman katanya, tapi saya tahu saya tak mampu,” terangnya ringkas.
Menurut individu itu lagi, setiap bulan mereka adik-beradiknya akan bagi duit kepada kedua-dua orang tuanya memandangkan si bapa sudah tidak bekerja sejak sakit dan ibu pula cumalah seorang suri rumah.
Individu itu turut meluahkan rasa sedih apabila ibunya sering membandingkan kejayaan anak orang lain dengan dirinya.
Ciapan itu telah mendapat perhatian netizen lain yang turut bersimpati dengan tekanan yang dihadapinya itu.
Kesian juga dgn anak2 yg baru start kerja, tapi parents dah demand minta itu ini.
Anak2 pun baru nak start build career, simpan duit etc. https://t.co/0fGQZJkDvY
— Edz (@ezhrjmn_) April 3, 2023
1500 amik honda. Makin pasiq la non https://t.co/k8euDHBv7i
— cucu neknah (@shahrizz25) April 1, 2023
Bertuhankan kereta, penyakit bangsa ini. https://t.co/AGgHmjGMFo
— Izwan🌇🚈🇵🇸 (@lontonggorengz) April 1, 2023
kenapa iya org menilai kejayaan seseorang dr segi kebendaan 🤔 https://t.co/lXycHiPiIE
— Ddd (@DeeannaZakaria) April 1, 2023
depa tktau ka apa yang depa mintak ni tak logik langsung ?!?!?!?!🥲🥲🥲🥲🥲🥲🥲🥲🥲🥲🥲 https://t.co/Jej48ZK4Ag
— فرحانة (@ffttiyy) April 1, 2023
Ramai yang meminta individu itu untuk bersabar dan cuba beri penjelasan yang terbaik supaya kedua ibu bapanya itu faham dengan situasi yang dihadapinya itu.
Netizen turut menyatakan ia satu ‘kerugian’ sekiranya mahu penuhi kehendak ibu bapa, tetapi diri sendiri yang merana terpaksa menanggung perbelanjaan yang melebihi pendapatan sendiri.
*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.