Setiap orang mahu banggakan ibu bapa masing-masing. Lebih-lebih lagi apabila menggunakan wang hasil kerja keras yang diperolehi setiap bulan.

Bagaimanapun ada segelintir ibu bapa yang berharap anak-anak mereka mendapat lebih daripada apa yang mereka ada.

Baca Juga:

Baru-baru ini seorang individu berkongsi luahan ‘tekanan’ yang dia alami melalui Twitter @ConfessTweetMY apabila ibu bapanya mendesak bilakah dia mahu membeli kereta idaman mereka, model Honda.

“Dengan gaji RM1,500 ibu bapa saya selalu mendesak untuk saya beli Honda. Kereta idaman katanya, tapi saya tahu saya tak mampu,” terangnya ringkas.

Menurut individu itu lagi, setiap bulan mereka adik-beradiknya akan bagi duit kepada kedua-dua orang tuanya memandangkan si bapa sudah tidak bekerja sejak sakit dan ibu pula cumalah seorang suri rumah.

Individu itu turut meluahkan rasa sedih apabila ibunya sering membandingkan kejayaan anak orang lain dengan dirinya.

Ciapan itu telah mendapat perhatian netizen lain yang turut bersimpati dengan tekanan yang dihadapinya itu.

Ramai yang meminta individu itu untuk bersabar dan cuba beri penjelasan yang terbaik supaya kedua ibu bapanya itu faham dengan situasi yang dihadapinya itu.

Netizen turut menyatakan ia satu ‘kerugian’ sekiranya mahu penuhi kehendak ibu bapa, tetapi diri sendiri yang merana terpaksa menanggung perbelanjaan yang melebihi pendapatan sendiri.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.