Seorang pelajar darjah enam di sebuah sekolah rendah di Sinhaparna, Tasikmalaysia, Jawa Barat Indoneis menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital SMC Tasikmalaya selepas tiga hari menjalani rawatan di sana.

Difahamkan apa yang dihadapi oleh anak ini sangat meruntun hati dan dikatakan sehingga peringkat tekanannya sudah meluak-luak. Video beliau dipaksa merogol kucing telah ditularkan oleh kawan-kawan yang membuli.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tekanan dan rasa malu yang ditanggung oleh anak kedua dari empat adik beradik ini berlaku pada penghujung Jun lalu, kata ibu mangsa, TI yang berusia 39 tahun. Kepada media, ibunya bercerita bahawa anaknya telah dipaksa oleh beberapa rakan sebayanya. Pelaku juga merakam kejadian itu menggunakan telefon bimbit, kemudian menularkan video tersebut.

“Anak saya sering mengaku dipukul rakannya. Tetapi mungkin gurauan. Anak saya bermain jauh, tuan. Saya mempunyai empat orang anak, jadi sukar untuk mengawasi mereka. Hancur hati juga tuan apabila melihat video itu,” kata ibunya kepada Detik.

Setelah video itu tular, mangsa telah mengaku kepada ibu bapanya bahawa dia dipaksa dan dipukul oleh rakan-rakannya untuk merogol haiwan tersebut. Selepas kejadian itu, mangsa di bawa ke hospital selepas mengadu sakit, tidak boleh makan dan murung. Namun di Hospital TMC Tasikmalaya dan selepas seminggu video itu tular, mangsa menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Menurut ibu bapa mangsa, keluarga rakan-rakannya yang membuli telah datang ke rumah untuk memohon maaf. Manakala, pihak polis pula berkata pihaknya tidak menerima sebarang aduan berhubung kes ini. “Bagaimanapun, anggota kami segera ke lokasi untuk proses mendalam,” kata Unit Siasatan Jenayah Polis Singaparna, Aipda Dwi Santoso, seperti dipetik Pikiran Rakyat.

Mengenai rancangan beberapa badan NGO untuk melaporkan rakan-rakan mangsa kepada pihak polis, sekiranya mereka berumur bawah 12 tahun, pelaku tidak boleh didakwa kerana mereka dilindungi oleh undang-undang Indonesia.

Menurut penjelasan pengamal undang-undang, kanak-kanak di bawah umur 12 tahun yang terlibat dalam perbuatan jenayah biasanya akan dilayan dengan dua cara. Pertama, ia dikembalikan kepada ibu bapa/penjaga. Kedua, dimasukkan dalam program kebajikan masyarakat yang diadakan oleh agensi kerajaan atau institusi pentadbiran kebajikan masyarakat (LPKS).

Anak dibuli hingga alami tekanan perasaan melampau, keluarga tuntut RM2 juta dari sekolah. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Anak Dibuli Hingga Alami Tekanan Perasaan Melampau, Keluarga Tuntut RM2 Juta Dari Sekolah

Guru Dipenjara 10 Bulan Selepas ‘Buli’ Pelajar Sehingga Maut