Baru-baru ini tular satu klip video menunjukkan sebuah kereta Honda Civic dirakam hilang kawalan, lalu terbabas di bulatan Genting Highlands.

Semasa kereta berpusing, ada sebuah Honda City yang berada di belakangnya hampir merempuh kereta tersebut.

Baca Juga:

Bagaimanapun pemandunya berjaya memberhentikan kereta mengelak kemalangan. Kemudian dia berhentikan kenderaan di tepi jalan.

Sementara Honda Civic tersebut cuba berpatah balik selepas kereta melawan arah ketika pengguna jalan raya lain lalu-lalang di bulatan tersebut.

Warganet mengutuk tindakan pemandu Honda Civic yang membahayakan keselamatan orang lain.

Pada masa sama meminta pihak PDRM mengambil tindakan, memandangkan bukti video sudah ada dan tular pada ketika ini.