Pada awal bulan ini kita dikejutkan dengan berita Mercedes-Benz mengumumkan bantuan sebanyak €1 juta (RM5 juta) kepada organisasi Israel.

Berita itu menyebabkan orang ramai mempersoalkan mengapa kerajaan negeri Kelantan masih menggunakan kereta buatan Jerman itu.

Baca Juga:

Menurut ahli parlimen PAS dari Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, terdapat kos tambahan melibatkan wang pembayar cukai sekiranya kereta mewah, Mercedes-Benz dijual dan diganti dengan yang lain menyebabkan perkara berkenaan menjadi kurang praktikal, lapor Sinar Harian.

“Kalau mempunyai pilihan buat perolehan baru, saya setuju cari lain. Jika sebut kereta ini, bukan Kelantan sahaja tetapi Pulau Pinang pun beli untuk Ketua Menteri mereka.

“Kenapa tak tanya Ketua Menteri ini? Tentu jawapan anda, ia cuma tugas Pas dan bukan DAP, begitu ke? Kalau kita boikot A, orang akan tanya kenapa bukan B atau C?

“Kita juga dah ada telefon pintar, iPhone. Adakah kena jual atau buang dan beli lain? Kalau nampak orang masih makan produk yang kita boikot pula, saya tak setuju hakimi mereka ini sokong Israel kerana ia melibatkan naluri masing-masing,“ katanya dalam video yang dimuat naik di Facebook pada Khamis.

Terdahulu, Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin menyindir kerajaan pimpinan PAS di Kelantan berhubung isu boikot Mercedes-Benz yang menyokong Israel ketika persidangan di Dewan Rakyat.

Pada tahun 2020 lalu, kerajaan negeri Kelantan membelanjakan RM3.5 juta untuk pembelian kereta rasmi jenama Mercedes-Benz. Difahamkan harga kereta itu dibeli jauh lebih murah daripada harga pasaran kerana adanya proses bidaan dan perjanjian tertentu antara kerajaan negeri dan penjual.

Disamping itu, pembelian itu selaras dengan undang-undang tubuh kerajaan negeri yang menetapkan setiap 10 tahun kenderaan rasmi kerajaan negeri termasuk untuk Menteri Besar perlu ditukar baharu dan hanya kereta jenama Mercedes Benz ditetapkan untuk kegunaan rasmi.

Sumber