Kumpulan punk Armpunk Sindicate tidak berniat mengguris hati mana mana pihak dengan kenyataan mereka baru baru ini.

Malah mereka menafikan memperlekehkan atau menghina scene skinhead Johor.

1 anak seni dipukul 7 skinhead bacul, tua dan botak

Ini selepas kenyataan mereka yang menganggap tindakan sekumpulan otai skinhead yang dilabel Armpun Sindicate sebagai  yang membelasah vokalis mereka sebagai 7 bacul botak tua pukul 1 anak seni.

Nafi Ada Niat Lain, Kumpulan Punk Hanya Mahukan Keadilan Selepas 1 Anak Seni Diterajang 7 Skinhead Tua

Mereka cuma mahukan keadilan untuk vokalis mereka yang dibelasah atas alasan remeh iaitu kerana tak salam cium tangan otai ketika keluar tandas.

Tak Salam Cium Tangan Otai Selepas Keluar Tandas Punca Vokalis Punk Dibelasah Dan Dikeronyok Beramai Ramai

Namun ada kenyataan mereka disalah tafsir sesetengah pihak sebagai berniat jahat cuba memburukkan nama baik  skinhead Johor.

Ianya sama sekali dinafikan Armpunk Sindicate. Sebaliknya mereka kecewa kerana anak seni telah dibuli dengan budaya samseng.Kumpulan itu berkata: “Kami minta maaf jika mana mana pihak terguris hati diatas posting Kami .

“Niat kami bukan ingin melaga lagakan atau memburukkan “Skinhead Johor” . Dan ianya tidak melibatkan mana mana community sekali pun.

“Maksud yang kami ingin sampai kan, Insiden Dan kejadian tersebut adalah melibatkan Skinhead berasal Dari Johor dan sepatutnya ia lebih dititik beratkan dari komuniti skinhead Johor untuk mengenal pasti budaya tersebut supaya tidak terjadi lagi dikelak hari.

tak salam cium tangan

“Ramai yang melihat kejadian Zed dipukul tapi tiada siapa berani tolong atau berkata apa-apa Jangan normalisasikan perbuatan ini lagi.

“Kami minta maaf jika kami terguris hati sesiapa . Niat kami hanya berkata fakta dan tindakan ini dengan harapan ini tidak terjadi lagi.

cium tangan

“Skinhead Johor, kami sayang abang-abang semua & kami tiada niat yang sebaliknya, kami minta maaf & harap dimasa hadapan hubungan kita akan lebih naik.

“Usir Jagoan & Parasit Dari Scene,” tegas kumpulan punk itu lagi. Sambil menulis: “Yang tua dihormati, yang mudah dihormati.”

Pihak polis baru baru ini menegaskan sudah maklum akan insiden yang tular itu. Dan sedang menyiasat kes tersebut. Polis meminta orang ramai datang membuat laporan polis di balai berdekatan.