Seorang pemandu e-hailing pening kepala selepas ada seorang wanita berpangkat ‘Datin’ enggan membayar ganti rugi dalam satu kemalangan kecil.
Menerusi satu perkongsian Facebook, semasa pemandu e-hailing berada di pondok pengawal untuk keluar dari kawasan rumah penumpangnya, sebuah Mercedes putih yang berada di hadapan telah mengundur sehingga melanggar keretanya.
“Petang 8 Ogos, saya sedang membawa penumpang dari Puteri Palma Apartment (berdekatan Ioi City Mall). Semasa perjalanan keluar dari lobi ke pergi pondok pengawal, tiba-tiba Mercedes di hadapan saya mengundur.
“Saya sudah hon, dia (pemandu Mercedes) undur juga. Dia keluar daripada kereta itu pada mulanya dia kata dia bayar semua kos.
“Kemudian dia memberikan saya kad perniagaannya dengan nombor telefonnya dan butiran lain-lain,” kata pemandu tersebut.
Bagaimanapun, selepas dia menghantar kereta di bengkel untuk mendapatkan anggaran kos baiki, lain pula cerita jadinya selepas menghubungi Datin tersebut.
“Repairman call dia, selepas itu dia cakap dia tak langgar, saya yang langgar dia. Saya pun pening,” jelas pemandu itu lagi.
Menurutnya lagi, dia sudah membuat laporan polis. Namun masih belum mendapat maklum balas daripada pihak berkuasa.
Difahamkan Datin itu didakwa memandu Mercedes secara ‘haram’ kerana cukai dan insurans kereta itu tidak diperbaharui.
Oleh sebab itu pemandu e-hailing terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk membaiki kerosakan yang berpunca daripada orang lain.
Netizen berasa berang selepas melihat video bukti dan mendapat tahu Datin tersebut ‘taichi’ menyalahkan pemandu e-hailing enggan membayar ganti rugi.
Orang ramai turut meminta pemandu e-hailing itu membuat tuntutan sehinggalah dapat jumlah ganti rugi yang setimpal.