Jika anda adalah seorang pengguna media sosial yang tegar, pasti anda pernah melihat kelibat dua buah kereta Mercedes Benz berwarna kuning yang dirakam sedang berlumba gaya drag baru-baru ini di Kelantan.
Aksi tersebut yang memaparkan dua buah kereta mewah Mercedes Benz kuning berlumba dilaporkan dirakam di negeri Kelantan Darul Naim atau lebih tepat lagi di Jalan Kubang Kerian menuju ke Pasir Hor .
Suasana yang dirakam dalam video tersebut tidak ubah seperti salah satu daripada scene yang pernah dipamerkan dalam siri francais Fast and Furious sebelum ini.
Kumpulan yang menganjurkan perlumbaan haram tersebut juga dikatakan menyekat lalu lintas bagi memberi laluan kepada dua kereta tersebut untuk berlumba sesama mereka.
Bagaimanapun, selepas beberapa hari video tersebut tular di alam maya, pihak Polis Diraja Malaysia hari ini mengesahkan kedua-kedua kereta tersebut sudah pun ditahan bagi siasatan lanjut.
Tiga individu termasuk seorang wanita berusia lingkungan 30 tahun juga ditahan di rumahnya di Pasir Mas, Kelantan.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Diharapkan dengan penahanan mereka yang terlibat dalam kes ini akan dapat membendung dan memberi peringatan kepada mereka yang memandu secara berbahaya di jalan raya negara kita.
Ingat, jalan raya adalah untuk kegunaan semua bukannya untuk digunakan sebagai litar untuk berlumba dan menunjukkan kejaguhan masing-masing.
Baca kisah lelaki ini yang dilanggar dari belakang oleh jentera pacuan empat roda walaupun berada di lorong paling kiri dan menunggang dengan selamat. Klik pautan di bawah untuk membaca.
Kenderaan ‘Back To The Future’ Di Sarawak Sedia Dijual Dengan Harga RM198,000
Kereta BMW 750iL Tempat Tupac Shakur Mati Ditembak Dijual Dengan Harga RM7 Juta