Tular beberapa hari lalu di media sosial apabila seorang peniaga burger di Kota Bharu, Kelantan dikenakan kompaun RM50,000 selepas dikatakan membuka gerai burger melebihi waktu operasi. Perkongsian yang dibuat nyata mendapat simpati orang ramai serta membuatkan para netizen berang dengan jumlah kompaun tinggi yang dikenakan.

Terbaharu, kisah peniaga yang turut mendapat perhatian Neelofa ini tular sekali di mana beliau dimaklumkan sudah kerap menerima amaran dan kompaun daripada pihak penguasa sebelum ini.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Menerusi perkongsian netizen, peniaga burger ini dikatakan sudah kerap melanggar SOP yang ditetapkan sejak dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu lagi.

Pembukaan kedai sehingga jam 2 pagi serta menjadi port lepak  antara yang menjadi punca kedai ini dikompaun. Malah, dalam satu perkongsian lain di Facebook, pemilik kedai burger memaklumkan kedainya dibuka hingga jam empat pagi.

178188400_10220890403503175_4886163417150474247_n

173211616_10220890406463249_5717105936869471333_n

Tampil dengan kehidupan mewah

178739656_10220890405583227_4214304161016238292_n_censored

177713390_10220890405943236_1019924304574210270_n

Sejak tular berita peniaga ini dikompaun, ramai yang bersimpati memikirkan nasib peniaga ini yang perlu bekerja keras dalam membayar kompaun yang tinggi.

Walau bagaimanapun, kehidupannya mewah yang didedahkan netizen menyatakan sebaliknya apabila beliau tampil berkereta berjenama serta menjamah di restoran mahal.

Menerusi pendedahan yang dibuat, para netizen nampaknya berang dengan peniaga ini serta berpendapat jumlah kompaun yang dikenakan adalah wajar. Tidak kurang juga yang berpendapat jumlah RM50,000 masih tinggi untuk seorang peniaga yang sudah dikenakan kompaun dan diberikan amaran sebelum ini. Bagaimana pula dengan pendapat anda?

Sebuah lagi kes berlaku di Kelantan tempoh hari melibatkan seorang peniaga kedai runcit yang rela kedai runcit disita selepas dikenakan kompaun sebanyak RM50,000.

Tidak Mampu Bayar Kompaun RM50,000, Peniaga Di Kelantan Ini Rela Kedai Runcit Disita

Gara-Gara Berniaga Di Hadapan Rumah Lebih Satu Jam, Peniaga Di Kelantan Dikompaun RM50,000