Seorang peniaga ikan patin bingung selepas menerima surat saman apabila dia didakwa menjadi ‘punca kemalangan’ melibatkan sebuah van polis dengan Ford Ranger peniaga terbabit.
Butiran insiden itu dikongsikan oleh adik peniaga itu menerusi Twitter @itslyzaa_, di mana kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan pada bahagian belakang (Ford Ranger) dan hadapan (van polis), berserta surat saman yang diterimanya.
Menerusi bebenang ciapan itu lagi, abangnya ada berkongsi rakaman video dashcam semasa insiden berlaku. Dalam video berdurasi 22 saat itu, lelaki itu memperlahankan kereta 4×4 di kawasan garisan berkembar (ada membuka lampu signal) untuk bersedia membelok ke kanan apabila sampai di kawasan garisan putus-putus. Kenderaan lain yang ada di belakang sudah memotong Ford Ranger itu dari kiri kerana sudah tahu ia akan membelok kanan.
Namun tidak sempat sampai di garisan putus, van polis telah merempuh bahagian belakangnya dan impak perlanggaran itu menyebabkan Ford Ranger tidak dapat dikawal lalu bergerak ke arah kanan jalan sebelum berhenti di satu kawasan lapang.
Dalam saman tulis abang i letak kenderaan dalam bahaya/halang. Ni abang i record vid dari dashcam. Sbb belum transfer ke phone lagi takut hilang. Abang i tak parking pon tepi jalan atau halang jalan. Abang i nak masuk simpang & ada bagi signal ❗️ pic.twitter.com/kjb8wBzYod
— lizzy (@hiilizzy) August 25, 2022
Sejurus selesai menangkap gambar bukti kemalangan, peniaga itu membuat keputusan untuk membuat laporan di Balai Polis Temerloh.
Apabila bertemu dengan anggota berpangkat ‘Sarjan’ yang bertugas, Sarjan itu enggan melihat rakaman video kemalangan dengan memberi alasan van polis juga mempunyai dashcam sendiri.
Pemilik ciapan mendakwa Sarjan itu berkeras mahu ‘lepas tangan’ apabila dia meminta peniaga ikan patin itu mencari peguam untuk hadir ke mahkamah atas sebab kes kemalangan yang berlaku.
Bagaimanapun, peniaga itu enggan memanjangkan cerita, jadi dia membuat tuntuan ke atas insuran sendiri dan perniagaannya tergendala selama dua bulan untuk menunggu keretanya siap dibaik pulih.
Abang i taknak panjang cerita sampai naik mahkamah. Jadi claim lah insurance sendiri. Kereta takda sebab hantar bengkel 2bulan. Jadi perniagaan abang i terbantut sebab kereta tak ada. Habis tempoh 2bulan kereta pon keluar bari bengkel nak mulakan perniagaan macam biasa.
— lizzy (@hiilizzy) August 25, 2022
Namun baru-baru ini sewaktu peniaga itu sedang bersiap-siap mahu memulakan semula perniagaan, dia menerima satu panggilan untuk hadir ke Balai Polis Temerloh bagi mendapatkan surat saman.
Surat saman yang dikeluarkan telah menyebabkan ahli keluarga peniaga itu tertanya-tanya kenapa mangsa masih disaman walaupun dia dilanggar oleh van polis dan telah mengambil keputusan tidak mahu memanjangkan kes sehingga ke mahkamah.
Dalam surat saman itu juga ada meminta peniaga terbabit hadir sendiri atau melalui peguam ke Mahkamah Majistret Temerloh pada bulan Oktober nanti.
mmg kene fight mahkamah kalau nak claim tapi ramai cakap susah nak claim dari kerajaan lagi2 penguatkuasa even penguatkuasa langgar kita. semoga dipermudahkan segala urusan. inshaAllah.
— 🇲🇾ehailingBRO (@irwanmanan) August 26, 2022
Dalam kes macam ni biasanya memang kita kena hire lawyer and saman govt.
Tak dapat nak claim insurans polis sebab kereta polis takda insuran based on jawapan Zahid Hamidi back in 2017 bila ditanya oleh @TeoNieChing https://t.co/qiZxmEOCf9
— Datuk Jahat Hensem (@datukhensem) August 25, 2022
https://twitter.com/friedsamyang/status/1562817593773174784?s=20&t=LXPgQKfxuJY_9xLd1gIxew
Setakat artikel ini ditulis ciapan itu telah mendapat 15.8 ribu kali perkongsian semula daripada warganet dan netizen berharap agar peniaga ikan patin itu mendapat keadilan yang saksama.
* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.
Memandu Ikut Peraturan, Lelaki Ini Bingung Dituduh Langgar Lampu Merah Oleh Polis Trafik
Dakwa Dilanggar Lari ‘Escort VIP’, Video Luahan Kekecewaan Pemilik Kereta Cetus Pertikaian Netizen