Polis Kuantan melancarkan siasatan ke atas kes melibatkan pelajar lelaki sekolah vokasional yang dirotan oleh gurunya kerana tidak solat tarawih.

Pelajar tersebut dilaporkan cedera di bahagian belakang, punggung dan lengan kanan akibat dirotan gurunya itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut Buletin TV3, pelajar berusia 18 tahun itu dikatakan telah dikatakan dirotan lebih 10 kali selepas diarahkan berkumpul pada jam 7.45 pagi di kawasan perhimpunan bahagian bawah asrama kolej bersama beberapa pelajar lain.

Dia dihukum bersama beberapa lagi rakannya kerana tidak solat tarawih seperti yang sudah ditetapkan oleh pihak sekolah sepanjang bulan ramadan.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Nor Azman Yusof mengesahkan bahawa mangsa datang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Rompin pada 5.33 petang kelmarin.

Dia yang ditemani ibu saudaranya telah mendakwa guru warden sekolahnya telah menyebabkan kecederaan di bahagian belakang punggung dan lengan kanan.

Pelajar itu mengadu bahawa gurunya merotan dia dan rakan rakannya di hadapan pelajar lain kerana tidak menyertai solat tarawih.

Bercakap kepada Buletin TV3, Nor Azman berkata: “Mangsa mendakwa dia dirotan oleh guru yang juga warden asrama.

“Terdapat kesan kecederaan di belakang badan, punggung dan lengan kanan pelajar terbabit dipercayai dirotan.”

Polis mengesahkan bahawa kes disiasat mengikut Seksyen 324A Kanun Keseksaan (KK) kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

Buat masa ini, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) masih enggan mengulas tentang perkara tersebut.