Minggu ini telah menyaksikan sekolah kembali dibuka selepas beberapa bulan menjalani pembelajaran secara Pemakluman Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Pembukaan sekolah ini disambut baik oleh para ibu bapa dan guru bagi memastikan proses pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih efektif.

Di sebalik usaha guru untuk hadir awal ke sekolah bagi membuat persiapan, dilaporkan seorang guru di Kajang telah disahkan positif COVID-19 di mana seramai 20 orang guru dan kakitangan sekolah berkenaan telah diarahkan kuarantin berdasarkan kes yang berlaku.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
ezgif-3-1632c9ddb979
Sumber: the edge markets

Menerusi laporan daripada Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, guru terbabit telah mendapat jangkitan wabak COVID-19 daripada abangnya sebelum disahkan positif.

Beliau kali terakhir ke sekolah adalah pada 23 Februari bagi membuat persiapan persekolahan di mana pada hari sama beliau telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan dikuarantin sehingga mendapat keputusan positif pada 1 Mac.

Susulan itu, 20 kontak beliau ketika di sekolah sudah menjalani ujian calitan dan diarah kuarantin. Dilaporkan tiada murid yang terdedah kepada kes berkenaan. Kes yang berlaku pada guru berkenaan telah didaftarkan di Sepang, Selangor mengikut alamat tempat tinggalnya. Kesemua guru dan kakitangan yang terlibat telah diarahkan kuarantin bermula semalam sehingga 8 Mac ini.

Tular pada minggu ini apabila golongan VIP berebut untuk menjadi yang terawal mendapatkan vaksin berbanding kumpulan barisan hadapan.

Bila VIP ‘Berebut’ Vaksin Dengan Kumpulan Barisan Hadapan, Umpama Lebih Sudu Dari Kuah

Benarkah Pusat Beli Belah eCurve Akan Ditutup Sepenuhnya Pada 31 Mac Ini?

Sumber