Siapa yang tinggal di kawasan Bangi dan Putrajaya dan melalui pintu 1 Putrajaya pasti kenal kedai ini. Mana taknya, setiap pagi waktu sarapan pasti akan nampak kereta berderet parking sampai ke kawasan Sekolah Kebangsaan Dato’ Abu Bakar Baginda.

1800842_10207667247496482_1832830444_n

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Inilah dia kedai Kak Mah Nasi Dagang yang betul-betul berada di simpang lampu isyarat pintu 1 Putrajaya. Kalau yang nak masuk kerja ke pejabat di Putrajaya pasti tergoda untuk berhenti bersarapan pagi di sini.

12170699_10207667252776614_902295261_n

Suasana dalam kedai memang penuh dengan orang. Kalau nak cari tempat duduk tu memang kena tunggu orang lain selesai dahulu baru dapat merasa.

12179597_10207667248776514_1857411518_n

BACA: Biji Kopi Bangi Gateway Lokasi Santai Untuk Menjamu Selera

Menu wajib kedai ini tentulah nasi dagang. Terdapat 3 jenis lauk yang disediakan iaitu gulai ayam, ikan tongkol dan telur. Kami memilih lauk gulai ayam sebagai hidangan.

12071656_10207667263576884_336577021_n

Nasi dagang makan bersama gulai ayam ni memang berlemak dan sedap. Kuahnya manis. Walaupun kami tidak mengambil lauk selain nasi dan gulai ayam, hidangan ini rasanya sangat sempurna. Kami makan sampai licin pinggan.

12086775_10207667262416855_445478298_n

BACA: Vocket Makan… Nasi Kerabu Ketam Cholley, Taman Bukit Kajang

Menu kedua kami pilih ialah nasi kerabu. Lauknya terdiri daripada sayur ulam, kerisik kelapa, solok lada, ayam goreng, telur masin dan tidak ketinggalan juga budu. Anda juga boleh memilih lauk ikan goreng sekiranya tidak mahu mengambil lauk ayam goreng.

804624_10207667255976694_973662161_n

Rasa nasi kerabu ini memang sedap terutamanya apabila kesemua lauk digaul bersama. Yang paling asyik sekali ialah rasa budu yang masam-masam masin menjadikan selera untuk menikmati nasi kerabu ini makin terbuka.

12179480_10207667260376804_1848929186_n

Untuk pengetahuan anda, kedai Kak Mah ini juga turut menyediakan laksam, nasi minyak, nasi berlauk, roti canai dan kuih-muih yang enak dimakan di waktu sarapan pagi. Jikalau nak ke kedai ini, kami nasihatkan datang awal pagi kerana memang susah nak parking kat kawasan ini.

Nama gerai : Kak Mah Nasi Dagang Pintu 1 Putrajaya
Lokasi : Gate 1 Putrajaya (Jalan Ayer Hitam), 47301 Bangi, Selangor (waze)

BACA: Jom Makan: Aplikasi Bantu Cari Tempat Makan Di Malaysia

BACA juga: Nasi Ayam Kampung Madoo, Putrajaya Lain Daripada Yang Lain

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram