Sejak akhir-akhir ini rancak dilihat di media sosial mengenai kempen bendera putih yang giat dijalankan sebagai usaha untuk membantu orang ramai yang kurang bernasib baik dalam mendapatkan makanan sekaligus memudahkan orang ramai untuk menyumbang.

Malah, dimaklumkan rumah yang mengibarkan bendera putih ini terus menjadi perhatian serta mendapat bantuan makanan dalam tempoh yang singkat.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini oleh seorang pengguna Facebook menerusi Group Lupa Apa Hari Ini yang menerima bantuan makanan ‘tanpa sedar’ hasil ihsan daripada jiran tetangga.

203894787_4422988987732053_4952174409911311006_n (1)
Sumber: Facebook Lupa Apa hari ini

Ironinya, beliau tidak memerlukan bantuan dan tidak menggantung bendera putih sebaliknya baru sahaja menjemur kain lap yang turut berwarna putih di luar rumah sekitar 40 minit sebelum terdapat jiran yang menghulurkan bantuan.

Menerusi perkongsian Annie Sait, beliau yang pada awalnya beranggapan penghantar barangan daripada syarikat kurier yang tiba di rumah terkejut apabila mendapati terdapat individu yang hadir untuk menghulurkan bantuan berikutan melihat kain putih yang digantung.

Beliau kemudiannya terus menjelaskan perkara sebenar di mana beliau terlupa dengan kempen yang dijalankan sebaliknya sekadar mahu jemur kain lap di luar rumah. Tambahnya lagi, jiran yang tampil memberi sumbangan tersebut bukanlah jiran terdekat dan beliau mengakui tidak mengenali individu tersebut namun keikhlasan individu tersebut wajar dipuji.

Perkongsian yang dibuat nyata membuatkan netizen lega serta bersyukur dengan keprihatinan orang ramai dalam usaha membantu individu yang kurang berkemampuan. Tidak kurang juga yang baru sahaja teringat dengan kain yang turut dijemur di luar rumah.

Screen Shot 2021-07-01 at 11.11.16 AM
Sumber: Facebook Lupa apa hari ini
Screen Shot 2021-07-01 at 11.11.52 AM
Sumber: Facebook Lupa apa hari ini

Menerusi perkongsian yang dibuat, dapat dilihat kecaknaan orang ramai dalam membantu jiran tetangga mendapatkan makanan. Diharap angka kes COVID-19 dapat diturunkan agar orang ramai dapat kembali menjalani kehidupan yang normal serta dapat mencari rezeki semula.

Tular pada hari ini apabila hotel lima bintang yang turut menjadi pusat kuarantin mengumukan penutupan operasi seawal September ini.

Pernah Menjadi Pusat Kuarantin, Hotel Istana Umum Bakal Menutup Operasi September Ini

Disangka ‘Penculik’, Niat Mahu Bantu Remaja OKU Ini Akhirnya Terbantut

Sumber