Kehidupan menjadi selebriti, pasti ke mana pun pergi akan dikenali ramai dan apabila peminat perasan pasti tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar bersama selebriti kegemaran mereka.

Terbaharu, isteri kepada pelakon Remy Ishak telah memuat naik sebuah video di TikTok menunjukkan Remy sedang gigih bantu mengambil gambar satu pasangan ketika berada di Tasik cermin, Perak semalam.

Baca Juga:

@roseezza

Tadi singgah Tasik Cermin ada 1 couple mintak tolong ambik gambar , macam biasa lah suami ku memang gigih kalau bab ambik gambar, nak dapatkan shot yang cantik!😁. Harap couple ni happy lah dengan gambar dia, sebab depa tak perasan siapakah photographer misteri gigih ini. 🤣🥳🥰😍 Happy New year 2023 guys!. #remyishak #happynewyear2023

♬ Tak Kan Hilang by Budi Doremi – Kopi Rona

Menerusi video itu, dapat dilihat pasangan tersebut tidak mengetahui identiti individu misteri yang begitu gigih menangkap gambar mereka.

Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen turut mengatakan bahawa jika mereka adalah pasangan tersebut pun pasti tidak akan dapat mengenali hero Malaya, Remy Ishak kerana memakai pelitup muka.

Bukan itu sahaja, pasangan tersebut yang perasan video ini mengatakan dirinya baru tahu selebriti yang tolong ambilkan gambar mereka dan berasa segan. Malah, para netizen juga mahu melihat hasil gambar yang diambil oleh remy Ishak.