Setiap kali mahu lepak bersama rakan mesti mengambil keputusan yang lama untuk pilih tempat. Apa kata anda cuba lepak di Bean Brothers yang terletak di Sunway Damansara, Petaling Jaya.
Pada mulanya mungkin anda akan sangka bahawa kafe Bean Brothers ini adalah sebuah kilang. Ramai yang tidak tahu kewujudan kafe ini, almaklumlah lihat pada bangunan luar memang seperti kilang.
https://www.instagram.com/p/CDXwSTgHtdO/
Rekaan dalaman berkonsepkan industrial pastinya akan memberikan anda ‘feeling’ berbeza apabila menikmati kopi sambil membaca buku di sini. Suasananya yang tenang sangat sesuai untuk anda bersama rakan-rakan anda lepak atau membuat kerja anda di sini.
Untuk pengetahuan anda, kafe ini dibuka seawal 8 pagi dan tutup pada jam 8 malam. Buat anda yang selalu membuat tempahan sebelum berkunjung ke sesuatu tempat, kafe ini tidak menerima sebarang tempahan dan anda hanya perlu walk-in.
https://www.instagram.com/p/CD5w82tJrrH/
Setiap sudut dalam kafe sangat ‘Instagrammable’ dan sesuai untuk anda kaki foto. Selain kopi di-brew istimewa, terdapat pelbagai selektif makanan yang anda boleh cuba. Kiranya, ia bukan hanya sekadar kedai kopi. Bolehlah lepas ini terjah ke Bean Brothers ini!
Sementara itu, kami ingin kongsikan beberapa kafe menarik yang mungkin anda ingin cuba di sekitar Lembah Klang.
‘View’ Cantik Dan Suasana Romantik, Kafe Di Bukit Ampang Ini Bakal Jadi Tumpuan Ramai
Lihat Kafe Di Cyberjaya Penuh Dengan Permainan Untuk Anda ‘Chill’ Bersama Rakan
3 Lokasi ‘Rahsia’ Kedai Makan Sedap Tepi Sungai Di Sekitar Selangor