Seorang pengguna Facebook menceritakan tentang bagaimana rakannya telah mengajar seorang pemilik kedai yang cuba merampas perniagaannya.

Pengguna FB itu turut menceritakan realiti kejam dunia perniagaan yang ramai tak tahu.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Antaranya adalah sikap dengki dan nak mencantas perniagaan orang lain dengan taktik licik.

Pengguna tersebut menceritakan pengalaman perit rakannya, yang menyewa kedai. Namun pemilik kedai telah mendapati perniagaan di situ sangat memberangsangkan dan dia mahu menyailang perniagaan tersebu.

Pemilik kafe itu sudah mengubahsuai kedai dan menghiasnya dengan sebaiknya untuk perniagaannya.

Berikut perkongsian beliau:

“Terkini kisah kawan aku niaga coffee shop ala hipster, bagus ramai orang datang n lepak hingga malam, sampai satu hari dapat tahu owner kedai dah jual kedai tersebut kepada owner baru.

“Rupanya owner baru tu salah seorang pelanggan yang selalu lepak situ.

“Owner baru baru menaikkan sewa tiga kali ganda, kawan aku dah jem [mati kutu] otak sebab renovation dia dah buat agak besar.

“Fikir punya fikir kawan aku setuju dengan tawaran kenaikan harga sewa, malangnya owner dah tak setuju sambung kontrak kawan aku.

“Kawan aku kena keluar awal dari kontrak asal dan kawan aku terpaksa mengalah.”

Cubaan pemilik kedai merampas perniagaannya dengan taktik kotor

Pemilik kedai kemudian dengan licik mahu mengambil perniagaan tersebut dengan mendapatkan segala informasi dalaman termasuk siapakah pembekal kepada rakannya itu.

“Nak di jadikan cerita, owner baru pernah datang awal ke kafe tanya kat staff dia siapa suplier nasi lemak, kek dan beberapa menu lain, tapi staff tak tahu siapa suplier makanan, hanya kawan aku tahu.

“Hinggakan owner baru ni sanggup datang awal awal pagi sebelum cafe bukak tuk tunggu suplier datang hantar makanan.. ( kawan aku tgk CCTV ) perghhh gila. Gigih dia nak tahu.

“Pernah juga dalam tempoh kawan aku tengah berniaga lagi, owner baru siap datang bawak kontraktor tuk masuk cafe dan ukur itu ini dalam cafe, kawan aku dapat tahu dari staff dan arahkan mereka keluar supaya tak buat kerja mcm tu waktu cafe tengah operasi , siap nak masuk bilik ‘staff only ‘, lepas pada tu owner dah tak datang kacau. Malu agaknya.

Pulangkan kunci kepada pemilik kedai

Kemudian pemilik kafe tersebut telah memulangkan semula kunci kedai. Pemilik premis ingat dia akan mendapat kedai yang cantik dan sudah direnovasi.

Kerana ianya akan memakan kos tinggi untuk membuka semula renovasi tersebut.

Hantaran dilanjutkan:

“Kawan aku terus buat kerja tuk keluar dari cafe hinggalah sampai hari pulangkan kunci. Alangkah terkejutnya owner bila dapat kunci dari kawan aku, cafe dah bersih sampai licin n kembali kepada asal kedai tersebut, segala renovation kawan aku pecahkan n kasi sebijik macam awal-awal dia masuk dulu.

“Merah padam muka owner bila tengok cafe yang dipulangkan bersih secuci embun hahahaha padan muka. Dia bajet kawan aku sengkek takde duit nak pecahkan renovation hahaha jangan buat hal dengan orang kental bisnes ni.

“Dia ingat kawan aku cap ayam kot hahaha , dia pecah renovation pun makan puluh ribu gak la. Janji dia tak senang-senang kasi orang lain ambil hasil usaha dia hihihihi ini paling style.

“Nampak tak game [permainan] owner ni, sebenarnya dia sangka kawan aku keluar tanpa buat pemecahan renovation dan owner pikir dia boleh jalankan bisnes yang sama guna cafe yang sedia ada tanpa keluarkan kos baru.

“Kalau keluar pun sikit sebab kedai dah cantik, dia tak sangka kawan aku akan keluarkan modal tuk renovation bersihkan cafe sampai licin.

“Hingga sekarang dah 5 bulan … Cafe tersebut masih tiada sesiapa sewa atau ada bisnes apa apa di situ.

“Kawan aku pun dah dapat kedai baru yg lebih best dan strategik dekat je dengan area cafe, Alhamdulillah rezeki dia …. buat sementara waktu sebelum real cafe siap. Dia bikin mini cafe dulu.

“Stylee ooooo , moga rezeki terus melimpah ruah dari kejadian sepak terajang dunia bisnes ni.

“Dunia bisnes memang kejam, cara mudah orang nak sailang , normaly orang terdekat kita yang dah tahu selok bisnes kita akan copy apa yg kita buat, supplier kita , sumber kita, staff kita, malah client kita… haishh macam-macamlah dunia bisnes ni.

“Nampak senang tapi bila dah buat dan lalui baru ada akai [akal] sama ada best ke tak best hahaha. Hanya yang kuat sahaja akan meneruskan perjuangan. Chaiyokkk

“Cafe kawan aku ni bisnes ‘orang kita’ la , tapi bila dah semua kaum satu Malaysia dah support dia bajet dia senang-senang bole run benda sama la. Kerja nak senang kononnya.. Eh silap besar.

Netizen puas hati cara pemilik kafe

Hasil perkongsian itu mendapat perhatian netizen. Ramai netizen yang pernah berniaga memahami perkara itu. Kerana ada juga yang pernah mengalaminya.

Namun di sebalik kisah suka duka itu yang dikongsikan di Facebook, netizen berpuas hati kerana pemilik cafe itu telah membuatkan pemilik kedai berputih mata daripada senang senang mengambil perniagaannya.

Pengguna Facebook tersebut sempat berkongsi IG rakannya dengan kedai baharunya.