Tindakan telus dan bertanggungjawab premis makanan dan minuman, Alluring Cafe & Dining yang secara terbuka memaklumkan status operasi mereka sebagai premis tidak halal (non-halal) mendapat reaksi positif daripada pengguna media sosial.
Menerusi satu hantaran di platform Threads @alluring.cafe, pihak pengurusan kafe berkenaan membuat pemakluman ringkas bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dalam kalangan pelanggan, khususnya masyarakat beragama Islam.
“Untuk makluman, kami adalah (premis) tidak halal (non-halal),” kata kenyataan tersebut.
View on Threads
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet memuji pendekatan berterus terang pihak pengurusan kafe itu yang disifatkan sebagai satu contoh amalan perniagaan yang baik dan beretika.
Netizen menzahirkan penghargaan atas sikap bertanggungjawab premis berkenaan dalam menyampaikan maklumat yang jelas kepada orang ramai.
Pada masa sama netizen menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu teladan yang wajar dicontohi.
Warganet turut mengucapkan terima kasih atas kejujuran pihak kafe berkenaan serta mendoakan agar perniagaan tersebut terus maju dan berjaya pada masa hadapan.