Mungkin ada daripada anda yang mengimpikan untuk membuka perniagaan sendiri tetapi risau akan menelan belanja banyak. Kini, ramai orang sudah mula untuk cuba memulakan perniagaan kerana minat atau pun mahu mencari pendapatan tambahan.

Nurul Aina Binti Noor Aidee atau lebih selesa dikenali Aina Aidee, seorang homebaker yang berumur 27 tahun telah berkongsi cara dia mulakan perniagaannya dimana anda boleh manfaatkan perkongsiannya untuk membuka perniagaan anda sendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Jom ikuti tips yang Aina kongsikan di Lemon8 untuk anda yang masih terpinga-pinga atau tidak tahu cara untuk mulakan langkah awal membuka perniagaan.

1. Daftar SSM

Untuk memulakan perniagaan, anda harus daftar SSM. Pastikan anda sudah putuskan bisnes apa yang anda mahu lakukan dan daftar SSM, boleh membuat pendaftaran secara online. Jangan lupa bayaran bulanan selepas itu.

2. Hanya fokus 1 atau 2 media sosial dalam satu masa

Bagi anda yang baru sahaja mahu memulakan perniagaan dan tiada pekerja, maka hanya fokus mana boleh dikawal dengan mengutamakan 2 platform media sosial dalam satu masa agar dapat merancang konten serta tidak berasa serabut ketika mengendalikan media sosial anda.

3. Bermula dengan langkah yang kecil

Tidak semua pemilik perniagaan mempunyai kemewahan atau kelebihan untuk bermula dengan jumlah modal yang besar. Oleh itu, mulakan dengan langkah yang kecil dan gunakan apa yang ada dahulu agar dapat menyimpan duit untuk sesuatu yang penting.

4. Belajar sendiri dan belajar perkara baru setiap hari

Anda mungkin boleh sertai kelas untuk meningkatkan skil memantapkan bisnes anda atau untuk lebih jimat pergi ke kedai buku terdekat membeli buku berkaitan perniagaan anda.

Malah, anda boleh juga gunakan segala kemudahan seperti Google, YouTube dan banyak lagi untuk mendapatkan ilmu daripada peniaga lain.

Untuk pengetahuan anda, Aina telah membuka perniagaannya Ainaaidee.Bakes sejak 3 tahun lalu dengan bermula menjual burnt cheesecake bersaiz mini di Instagram dan TikTok.

Menurutnya, sehingga kini dia telah berjaya menjual lebih dari 4000 kek dan kebanyakan pelanggan yang membeli kek daripadanya kerana mahu menjadikan ia sebagai hadiah atau cenderahati untuk acara.

“Kadangkala, saya akan membuat kerja pencipta kandungan saya dengan membuat video kerjasama dengan jenama lain sambil mengendalikan tempahan kek saya dalam masa yang sama dan di situlah saya belajar tentang cara menambah baik kandungan untuk perniagaan saya.” ujar Aina kepada Vocket.

Selain itu, Aina juga memberikan beberapa nasihat buat anda yang mahu memulakan perniagaan dimana tidak mengikut trend dan perlu memiliki identiti tersendiri untuk kekal lama.

Malah, tidak invest terlalu besar ketika mahu memulakan perniagaan dan gunakan apa yang ada dan termampu ketika itu. Dalam berniaga, anda tak boleh harapkan hasil akan dapat dalam masa yang singkat.

Akhir kata dari Aina, dia mahu anda berani untuk cuba benda baru kerana bila anda faham produk anda, maka anda akan jumpa target market anda.