Seorang pemandu, Hariz Kasin, berkongsi pengalaman mengejutkan yang hampir mengakibatkan kemalangan ngeri melibatkan ibu dan anak di Jeram, Kuala Selangor.

Dalam keadaan marah yang meluap, Hariz menceritakan bagaimana dia hampir melanggar seorang ibu dan anaknya yang melintas jalan raya secara merbahaya tanpa menggunakan jejantas.

Kejadian Yang Hampir Menjadi Tragedi

Menurut Hariz, kejadian berlaku pagi ketika dia dalam perjalanan untuk menghantar anaknya ke sekolah.

Seorang ibu yang dikatakan melintas jalan raya lima lorong tanpa menggunakan jejantas yang terletak hanya beberapa meter di hadapan, hampir mengakibatkan kemalangan maut.

Ibu
Gambar hiasan

“Aku hampir langgar seorang ibu dan anaknya yang melintas jalan besar tanpa guna jejantas. Kalau aku lambat perasan, mungkin dua nyawa sudah melayang, dan aku pula yang akan berdepan dengan hukuman penjara,” kata Hariz.

Hariz turut membandingkan kejadian ini dengan insiden viral sebelum ini, iaitu kemalangan maut yang melibatkan kereta Ativa merah terbalik masuk parit selepas melanggar petugas KKM.

“Kat sini la laluannya, depan sini je tempat kejadian tu berlaku,” tambahnya.

Trauma Yang Berpanjangan

Hariz mengakui bahawa kejadian ini mencetuskan serangan anxiety yang teruk.

“Aku pernah mengalami kemalangan sebelum ini, hampir sama sebab ‘tak nampak’. Mujur masa tu tiada kematian, tapi mangsa cedera parah. Sekarang, jantung aku masih berdegup kencang, susah nak bernafas, dan mata jadi kabur macam rabun,” ujarnya.

Ibu
Gambar hiasan

Beliau juga menekankan bahawa situasi pagi itu diperburuk oleh keadaan cuaca yang gelap dan berkabus, serta kesan water mark pada cermin hadapan yang menyukarkan pemanduan.

Amaran Kepada Ibu Bapa

Hariz berharap kejadian ini menjadi pengajaran kepada semua ibu bapa.

“Kalau ada jejantas, gunakanlah. Tak susah pun nak jalan sikit. Pagi-pagi ni jalan raya sibuk, jangan jadi b*doh melintas jalan lima lorong. Korang tak mati, aku yang sakit sekarang ni,” tegasnya.

Ibu
Gambar hiasan

Beliau juga mengingatkan bahawa melanggar pejalan kaki boleh mengakibatkan hukuman berat, termasuk penjara antara lima hingga 15 tahun, denda RM20,000 hingga RM100,000, dan hilang kelayakan lesen sehingga 10 tahun.