Mira Filzah kecewa namanya dalam senarai Blockout 2024 untuk artis Malaysia.

Gerakan Blockout 2024, dimulakan di platform media sosial TikTok menjelang acara Met Gala 2024.

Baca Juga:

Di mana aktivis anti –  z i o n i  s  telah mebidas artis dan juga pempengaruh media sosial yang langsung tak peduli tentang apa yang berlaku di G a z a.

Nama artis seperti keturunan Kardashians, Taylor Swift, Gal Gadot, Dwayne Johnson, Hailey Bieber dan ramai lagi menjadi artis yang disasarkan oleh netizen.

Netizen menyekat akaun artis tersebut selain daripada menghentikan langganan mereka yang berkaitan. Ianya sebagai protes kepada artis yang dikatakan langsung tidak bersuara tentang isu kemanusiaan dan mementingkan diri sendiri, tak mahu hilang tajaan.

Trend itu kemudian dicetuskan oleh netizen di Malaysia. Beberapa nama artis tempatan dan pempengaruh disenaraikan. Antaranya Mira Filzah.

Mira Filzah tampil menyatakan bahawa dia sudah lama menggunakan platformnya untuk memberikan kesedaran tentang apa yang berlaku di  G a z a.

Mira Filzah menafikan bahawa dia bukannya secara tiba tiba memuat naik isu berkaitan G a z a kerana panik melihat namanya dalam senarai untuk diboikot gerakan Blockout 2024.

Dia menjelaskan dari Januari 2024 lagi Mira Filzah sudah memuat naik beberapa post sokongan secara terbuka kepada Palestin.

Mira seterusnya memberitahu bahawa dia bersuara untuk semua orang.

“Buatlah apa yang anda mahu buat, nak sekat, sekat sahajalah, tetapi tak payahlah sampai keluarkan kata kata tidak baik.

“Kempen itu Blockout bukannya Makiout.

“Ingat bahawa penulisan kita pun ada dosa dan pahala,” tutup beliau.