Ketika sesi temuduga, pasti ramai yang gerun andai mahu berbincang perihal gaji. Iyalah, kadangkala anda mempunyai pengalaman luas dan merasakan anda patut terima gaji yang lebih berbanding apa yang mereka tawarkan. Jadi bagaimana cara paling sopan untuk memulakan diskusi tentang soal gaji ini? Empat soalan ini sudah memadai untuk mula runding secara berkesan.

1. “Are you open for a salary discussion?”

Tiada salahnya jika mahu berbincang tentang gaji kerana anda juga ada hak untuk menyuarakan pertanyaan. Anda boleh gunakan ayat ini sebagai pembuka topic supaya tidak kelihatan gopoh.

2. “Is there by any chance negotiating the offer?”

Jika anda rasa gaji yang ditawarkan bakal majikan kurang memuaskan dengan kemahiran dan pengalaman yang anda pegang, jangan rasa teragak-agak untuk berunding secara baik.

Terus ajukan soalan ini tanpa teragak-agak, lebih baik daripada anda bermain teka-teki atau berdiam diri. penemuduga pun tidak akan faham atau tahu kehendak anda.

*Tawaran pekerjaan di Moodha Allanihayah dengan gaji bulanan RM1,800, – RM4,000. Klik di sini untuk memohon.*


3. “Can I get the offer in writing?”

Kadangkala ketika tawaran kerja, semuanya manis belaka tetapi apabila dapat surat tawaran, lain pula gaji yang ditawarkan. Untuk elakkan ini berlaku, pastikan anda minta segala tawaran yang dibincangkan tersebut dalam bentuk bertulis dan pastikan ianya ditandatangani sebagai bukti pengiktirafan oleh pihak majikan.

*Les Copaque sedang mencari penulis skrip untuk produksi. Klik di sini untuk memohon dan baca maklumat lanjut tentang pekerjaan ini.*

4. “What other benefits do you offer?”

Takkan gaji sahaja yang diberikan? Pastikan anda ketahui manfaat lain yang majikan boleh tawarkan. Jangan biasakan diri dengan menganggap majikan akan berikan manfaat lain jika tidak dibincangkan. Manfaat tambahan lain yang boleh anda harapkan adalah dari segi perubatan, insurans, elaun dan lain-lain.

Mudah saja kan sebenarnya nak runding gaji dengan penemuduga. Memang kita ada hak untuk bersuara dalam isu gaji ini supaya setiap kerja yang kita lakukan setimpal dengan bayaran yang diterima. Yang penting anda tidak ajukan soalan yang salah atau penemuduga akan menganggap anda tidak professional. Selamat mencuba di sesi temuduga akan datang!