Pihak polis menegaskan dakwaan seorang ketua balai polis di daerah ini mengganggu wanita dengan menghantar mesej berunsur lucah adalah tidak benar.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang laporan polis daripada mana-mana pihak atau wanita berkenaan berhubung dakwaan itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Difahamkan siasatan dalaman tetap dijalankan bagi mengesan sekiranya wujud pelanggaran undang-undang, seterusnya tindakan tatatertib akan diambil.

“Kira-kira 1.15 tengah hari kelmarin, keluar satu kenyataan di aplikasi Telegram berkenaan seorang individu iaitu Ketua Balai Polis Lukut yang mengganggu dan menghantar mesej berunsur lucah kepada seorang wanita.

“Siasatan awal mendapati kenyataan yang dikeluarkan itu tidak benar dan disyaki satu tohmahan yang berniat jahat demi menjatuhkan kredibiliti ketua polis balai itu serta imej pasukan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Aidi Sham berkata, walaupun tiada sebarang laporan diterima, siasatan lanjut akan diteruskan daripada sudut tatatertib.

Pada masa sama beliau menasihati orang awam supaya tidak menularkan isu itu dengan tindakan boleh diambil di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, tular satu pendedahan mengenai ketua balai polis menghantar mesej berbaur lucah kepada seorang wanita dipercayai isteri orang.

Bagaimanapun wanita tersebut tidak mengendahkan mesej tersebut dan meminta indivdu itu berhenti mengganggu dirinya.

Sumber