Jam pintar Apple ini bukan sahaja dilihat untuk memantau kesihatan sahaja malah boleh menjadi alternatif mendapatkan bantuan segera di dalam waktu kecemasan. Sebelum ini, pernah dilaporkan seorang wanita berjaya minta bantuan dengan Apple Watch selepas ditanam hidup-hidup oleh suaminya.

Menerusi laporan The Star, seorang pekerja Microsoft telah ditikam sebanyak 13 kali oleh rakan sekerjanya ketika mahu pulang dari tempat kerja. Insiden ini berlaku di hadapan pejabat Microsoft di Redmond pada 22 Februari lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Bloomberg

Jurutera berusia 26 tahun ini mengatakan beliau sedang menunggu di tepi jalan dan mendengar suspek meluru ke arahnya lalu ditikam berulang-kali. Beliau terus tumbang ke tanah dan Apple Watch menghantar amaran kecemasan kepada isterinya selepas mengesan impak jatuh itu.

Ekoran daripada mesej itu, dijangka isteri mangsa boleh mengetahui lokasi kejadian dan dapatkan bantuan kecemasan dengan segera. Pihak  berkuasa lantas bergegas ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa itu.

Jurutera itu dilaporkan mengalami kecederaan yang serius termasuklah keretakan otak, otak berdarah dan 13 tikaman pada beberapa bahagian anggota badan utama.

Difahamkan suspek juga berjaya diberkas dengan bantuan maklumat penduduk sekitar dan kesan darah menjadi pentunjuk. Tanpa Apple Watch, jurutera malang ini mungkin sudah menemui ajalnya kerana kecederaan yang kritikal.