Nama Shakilla Khoriri sekali lagi menjadi bualan apabila dia memuat naik satu hantaran di Instastory miliknya untuk bertemu seorang individu dari Terengganu selepas mendakwa dirinya menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki berstatus suami orang.
Menerusi hantarannya itu, individu terbabit mendakwa Shakilla telah melakukan maksiat dan dia mahu berjumpa dengan individu itu kerana secara kebetulan dia menjalani penggambaran di negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia itu hari ini.
Baca Juga:
- Shakilla Khoriri ‘Warning’ Fizi Ali Selepas Mulut Anak Kena Tekup Dalam Gambar Nikah
- Nama Dipetik Terlibat Kes Pengubahan Wang Haram, Fara Mendoza Bengang Dituduh Netizen
- Dulu Pelakon Kini Pramugara, Penampilan Segak ‘Tajol Dunia Baru’ Curi Tumpuan Netizen
“Nak tahu juga suami orang mana yang saya dah main tu sebab mak abah adik kakak saya pun tengah tanya.
“Awak nak contact saya kita jumpa sembang atau saya suruh orang cari awak. Pilih la. Jumpa awak esok malam.” tulis Shakilla Khoriri.
Malah, Shakilla turut bertanya kepadanya siapa lelaki yang dimaksudkan kerana dia kini diasak dengan persoalan itu daripada kedua ibu bapa dan keluarganya.
Hasil pemerhatian kami, akaun individu itu dipercayai telah dinyah aktif dan Shakilla juga dilihat sudah memadam hantaran di Instastory miliknya.