Sebelum ini, bekas isteri Shuk Sahar iaitu Rossa Sera didakwa telah menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki berstatus suami orang dan hubungan itu masih terjalin walaupun si isteri sudah memberi peluang kepada Rossa untuk berhenti mengganggu rumah tangganya.

Terbaharu, seorang pengguna di platform X telah berkongsi tangkap layar yang dihantar oleh seorang individu kepadanya berhubung kes Rossa itu. yang menggunakan nama @meinmokhtar berkongsi satu tangkap layar yang dihantar oleh seorang individu kepadanya.

Baca Juga:

Menerusi tangkap layar itu, individu yang dirahsiakan identitinya mendakwa bahawa isteri kepada teman lelaki Rossa itu kini sedang sibuk menguruskan hal penceraiannya.

“Kalau kau tahu dia (Rossa Sera), dia sekarang penyondol. Suami kakak kepada tunang aku. Sekarang ni dia block semua ahli keluarga kakak aku tu sebab nak tutup kesalahan dia. Kasihan kakak aku, dah naik turun mahkamah sebab nak cerai.” dedah individu terbabit.

Walau bagaimanapun, Rossa Sera masih berdiam diri dan tidak memberikan sebarang komen berhubung isu ini.