Pasti ramai yang mahu menerima ganjaran berupa wang atau hadiah seperti yang biasa dilihat menerusi konten di TikTok. Namun, persoalannya adakah setiap orang yang terpilih masuk ke dalam konten tersebut benar-benar menerima hadiah atau wang yang ditawarkan?

Baru-baru ini seorang wanita telah dikecam teruk oleh warga netizen apabila beliau dituduh tamak dan pemalasp hanya kerana berlakon mengikut yang diarahkan oleh seorang pencipta konten di TikTok.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi video yang tular, difahamkan pencipta konten itu membenarkan wanita itu memilih sebarang benda berharga RM250 dan ke atas untuk dibeli. Wanita dilihat dengan yakin meluru ke arah kedai Switch dan memilih MacBook sebagai barang pilihan yang berharga lebih ribuan ringgit itu.

Ternyata ‘tindakan’ itu memakan diri apabila dikecam teruk oleh warganet yang mengganggap wanita itu melampau bantas meskipun ia tidak menyalahi syarat yang ditetapkan.

Menyedari dirinya dikecam teruk, beliau yang dikenali sebagai Eveperarl lantas mempertahankan diri dengan membuat pendedahan sebenar berhubung video bersama pencipta konten di TikTok itu menerusi platform X baru-baru ini.

“Saya akak yang pakai tudung tu. Saya kena kecam teruk. Seandainya, awak semua tahu, semua ini hanya content semata-mata. Saya dapat upah RM100 sahaja dari mereka untuk buat content ini. Saya pun tak sangka benda ni blow up camni,” dedahnya berhubung sudah diupah untuk dimasukkan ke dalam konten itu.

Beliau turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap orang ramai yang bertindak menuduh melulu-lulu tanpa sebarang selidik kesahihan kisah di sebalik tabir

“Saya dikecam tak sedar diri, gemuk, malas kerja sampai pau stranger macam itu, kaki kikis, tak boleh buat bini dan banyak lagi. Sedih tengok komen-komen negatif yang dilemparkan terhadap saya.

“Kepada sesiapa yang komen negatif itu, saya takkan maafkan. Saya manusia biasa yang ada hati dan perasaan,” katanya.

Dalam pada itu, netizen turut bersimpati dengan nasib wanita tersebut yang dihina dengan teruk sejak beberapa hari lalu. Malah, ada pengguna yang turut menyatakan bahawa majoriti konten di media sosial adalah palsu dan dilakukan hanya bagi mendapat “clout online” sahaja.

Kami turut mendapati konten video itu telah pun dipadam oleh pencipta konten terbabit. Inilah realiti sisi gelap pencipta konten di media sosial yang ramai perlu ketahui agar tidak membuat komen tidak berasas kepada seseorang.

Sumber