Pada tahun lalu, Digital Nasional Berhad (DNB) dilihat sangat giat memperluaskan liputan servis 5G di seluruh Malaysia dalam mencapai sasaran yang ditetapkan. Ramai pengguna sudah boleh mula menggunakan servis 5G pada hari ini.

DNB kini mengumumkan mereka telah berjaya melangkaui sasaran awal sebanyak 40% liputan 5G di kawasan berpenduduk yang disasarkan untuk 2022. Pada ketika ini, DNB sedia menfokuskan kepada pelaksanaan rangkaian 5G dengan sasaran liputan 80% di Malaysia menjelang akhir tahun 2023.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: DNB

Menurut maklumat angka semasa yang dikongsi, DNB mengatakan rangkaian 5G kini meliputi 47.1% kawasan berpenduduk di seluruh Malaysia. Menariknya, DNB mengatakan juga liputan 5G telah mencapai 90% kawasan berpenduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

Sementara di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan pula, ia telah mencapai liputan sekitar 50% kawasan berpenduduk. Angka ini dijangka akan terus meningkat selaras dengan perluasan di kawasan-kawasan baharu di seluruh negara.

Ketika ini, CelcomDigi, Telekom Malaysia, U Mobile dan Yes telah menyediakan perkhidmatan 5G kepada lebih 20 juta pelanggan mereka. Sementara syarikat Maxis pula masih belum menerima akses perkhidmata 5G kerana masih menunggu kelulusan pemegang saham mereka pada bulan ini.