Kisah ini berlaku kepada seorang wanita semasa sedang dalam proses melahirkan anak.
Pesakit: Doktor saya sakit dah ni.
Kali ini yang bertugas seorang pegawai perubatan (medical officer- MO) lelaki berbangsa Cina.
MO: Kejap ya puan saya check jalan. Baru 5 cm ni puan. Tak boleh teran lagi.
Pesakit: Sakit sangat dah ni. Rasa nak meneran ni.
MO: OK, saya check sekali lagi. Puan cuba teran.
Sambil mengira bukaan serviks 6,7, 8, 9 cm, MO berkata, “Ok puan, pandai! Teran!”
Kami bertiga (pelajar perubatan) tengok MO lelaki ini yang berbangsa Cina, conduct labour. Suara sangat lembut ketika memberi arahan kepada pesakit. Cukup tenang. Kadang-kadang terselit gurauan untuk hilangkan debaran.
MO: Saya janji puan. Tak akan sakit sangat nanti. Akak teran panjang-panjang. Janji saya bukan macam janji *** (biarlah rahsia siapakah itu).
Tergelak satu wad bersalin. Sekali dengan jururawat yang ada berpusing tak tahan lawaknya.
Pesakit dalam keadaan meneran.
Pesakit primi. Kebiasaanya untuk tunggu stage 1 (cervical dilatation) lebih lama berbanding multigravida (yang sudah beranak ramai). Tapi kali ini memang cepat!
Alhamdulillah kepala baby kelihatan.
MO: Kepala dah keluar puan! Suami boleh tengok rambut baby tu.
Si suami senyum lega, air mata bergenang. Perkahwinan mereka pada tahun 2013. Namun si isteri mengalami keguguran pada kandungan pertama tahun 2015. Sungguh kelahiran kali ini adalah yang ditunggu-tunggu.
Muka baby kebiru-biruan. Kepala sudah keluar. Tetapi terbelit dengan tali pusat! Allahu!
MO pantas mencari clamp. Untuk terus menggunting tali pusat. Nak elakkan asphyxia!
MO: Puan saya nak potong tali pusat ni. Puan dan suami selawat banyak-banyak ya.
Kami tersenyum sahaja. Doktor bukan Islam pun tahu (sebenarnya saya meragui status agamanya. Tetapi namanya menunjukkan bukan Islam).
Jururawat mengusik: “Doktor dah pandai sekarang. Selawat-selawat ni.”
Saat baby keluar. Doktor sambut baby sambil mengucapkan: “Assalamualaikuummm! Cewwah!”
Tergelak nurse. Kami pun sama. Si suami juga.
Baby confuse nak jawab salam pertamanya di dunia.
Namun si ibu, baru melepaskan nafas lega. Seluruh tenaga baru dikerahkan untuk melahirkan puteri sulung kesayangan.
Bayi masih kebiru-biruan.
MO dan nurse menepuk-nepuk belakang baby untuk memastikan baby menangis. “Dik bangun dik..” (dialog biasa di wad bersalin. Bimbang juga dalam hati.)
Saat baby menangis, itulah kegembiraan seluruh manusia yang ada dalam bilik itu. Jururawat bergegas bawa baby untuk suction dan beri oksigen.
Keadaan labor room sungguh ‘tenang’. HO (health officer) datang untuk jahit vaginal tear. Kami tolong apa yang patut dan berborak dgn ibu untuk alihkan perhatian beliau yang tengah dijahit.
Jururawat belari-lari. Katanya, “Doktor, cepat ke ‘bilik Y’. Tgk pesakit ini.”
MO: Oh, bilik Y? Saya tak boleh pergi. Pesakit minta tak mahu doktor lelaki. Diorang cakap saya ni kafir… kafir harbi. (nada berjenaka) Huhu
Terkejut satu labour room. Nurse yang dari tadi bantu Doktor X sekali lagi tergelak.
Dalam…. dalam…. dalam sungguh nak faham.
Kami tergelak. Patutkah?