Satu kenyataan berani oleh seorang doktor bedah saraf, Dr. Ryu Hasan, telah mencetuskan perbincangan hangat di media sosial.
Dr. Ryu mendakwa purata IQ rakyat Indonesia kini mengalami merosot ketara berbanding beberapa dekad yang lalu.
Dakwaan ini bukan sahaja mengejutkan, malah membuatkan ramai tertanya-tanya betul ke IQ orang Indonesia makin rendah?
Bukan sekadar dakwaan kosong, Dr. Ryu Hasan turut mendedahkan angka yang betul-betul buat kita terkejut.
Dalam penampilan beliau di program popular, Podcast Endgame, Dr. Ryu menyatakan bahawa bacaan purata IQ rakyat Indonesia suatu ketika dahulu adalah sekitar 109.
Namun, angka itu kini didakwa telah jatuh menjunam ke paras yang membimbangkan iaitu kira-kira 78 sahaja.
Bayangkan, perbezaan hampir 31 mata! Itu adalah satu kemerosotan yang sangat ketara dan boleh dianggap sebagai ‘zon bahaya’ jika angka ini benar-benar sahih.
Ketajaman kritikan Dr. Ryu Hasan tidak terhenti di situ. Beliau turut mengeluarkan perbandingan yang disifatkan ramai sebagai sangat provokatif dan mengejutkan.
Dalam perbincangan panas beliau, Dr. Ryu memberi amaran “Jika purata skor IQ itu turun hanya lapan mata lagi, tahap kecerdasan rakyat Indonesia akan menghampiri julat IQ gorila.”
Kenyataan Dr. Ryu ini kini menjadi topik panas, mengundang pelbagai reaksi daripada netizen dan pakar. Mereka mula membahaskan punca, sama ada ia disebabkan oleh faktor pemakanan, sistem pendidikan, atau gaya hidup moden.