Ada beberapa pekerjaan di dunia ini yang diberikan gelaran khas sebagai tanda pengiktirafan terhadap kepakaran, kelayakan akademik, atau pentauliahan profesional individu tersebut.

Salah satunya adalah gelaran untuk doktor.

Baca Juga:

Baru-baru ini seorang doktor menjelaskan sebab kenapa majoriti individu berprofesion doktor meletakkan gelaran khas itu pada media sosial masing-masing.

Penjelasan itu dibuat susulan seorang warganet merasakan individu berprofesion doktor seperti menunjuk-nunjuk gelaran mereka di media sosial.

“Dalam bidang penjagaan kesihatan, gelaran tersebut bukan untuk bermegah, tetapi ia adalah simbol akauntabiliti, tanggungjawab. Jika saya berkongsi maklumat tentang anak anda, anda berhak tahu bahawa saya mempunyai latihan perubatan dan boleh dipertanggungjawabkan.

“Bezanya dengan individu yang menggelar diri mereka sebagai ‘coach keibubapaan’ yang sering berkongsi nasihat perubatan tanpa sebarang kelayakan. Ini bukan soal ego. Ini soal ketelusan,” jawab Dr. Nisa Khalil menerusi satu hantaran Threads.

Penjelasan daripada doktor itu mendapat sokongan daripada warganet yang lain.

Sementara hantaran asal yang mempersoalkan gelaran khas diletakkan pada media sosial telah dipadam.