Persatuan Bola Sepak Melayu Pulau Pinang (PBMPP) mencipta kejutan apabila mengumumkan pelantikan jurulatih berprofil tinggi, Datuk Dollah Salleh sebagai ketua jurulatih skuad Piala Emas Raja-Raja Pulau Pinang 2024.
“Mengumumkan ketua jurulatih skuad Piala Emas Raja-Raja Pulau Pinang musim 2024. Siap sedia anak muda Pulau Pinang. Nantikan sesi pemilihan pemain yang bakal diumumkan,” kata PBMPP dalam satu kenyataan rasmi.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
Pengumuman itu sekali itu menimbulkan tanda-tanya mengenai status Dollah sebagai pengurus pasukan Liga Super Sri Pahang pada musim ini.
Piala Emas Raja-Raja (PERR) merupakan kejohanan bola sepak tahunan yang dikendalikan oleh Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia.
Berbeza dengan Piala Malaysia, pasukan yang menyertai kejohanan PERR biasanya terdiri daripada pasukan negeri yang dikendalikan oleh persatuan bola sepak Melayu di negeri masing-masing.
Terdapat juga pasukan bola sepak bukan negeri yang menyertai kejohanan ini.
Pulau Pinang memerlukan sentuhan Dollah Salleh untuk membantu mereka mengakhiri kemarau kejuaraan sejak tahun 2017. Pahang merupakan juara PERR pada tahun lepas hasil kemenangan 4-1 ke atas Terengganu.
Dollah pula bukan calang-calang jurulatih kerana berpengalaman membimbing skuad kebangsaan di pentas antarabangsa dan pernah memenangi pelbagai kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia.
Selain Sri Pahang, Dollah juga pernah membimbing pasukan Selangor FC, MPPJ Selangor, Shahzan Muda, Perlis dan PDRM FC.
Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengumuman rasmi mengenai status Dollah bersama skuad Sri Pahang.