Dua pemain Sabah iaitu Dominic Tan dan Stuart Wilkin dilaporkan bakal beraksi dalam saingan Liga Thailand musim hadapan.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena iaitu Zulhelmi Zainal, Dominic Tan dan Stuart Wilkin masing-masing menerima tawaran dari kelab Thailand.

Baca Juga:

Dominic Tan dan Stuart Wilkin Beraksi Di Liga Thailand

Menurut Zulhelmi, kelab yang menawarkan kontrak kepada dua pemain ini berasal dari Bangkok namun tidak menyebut kelab mana yang dimaksudkan.

Dominic Tan Dan Stuart Wilkin
Sumber Gambar: X Stuart Wilkin

Dominic sebelum ini mempunyai pengalaman beraksi di negara jiran apabila pernah menyarung jersi Police Tero pada 2019 hingga 2021.

Ketika itu, pemain berusia 28 tahun ini beraksi bersama seorang lagi pemain dari Malaysia iaitu Mohamadou Sumareh.

Dominic Tan Dan Stuart Wilkin
Malaysia’s defender #06 Dominic Tan shoots the ball past South Korea’s midfielder #11 Hwang Hee-chan during the Qatar 2023 AFC Asian Cup Group E football match between South Korea and Malaysia at Al-Janoub Stadium in al-Wakrah, south of Doha, on January 25, 2024. (Photo by Giuseppe CACACE / AFP)

Kedua-dua pemain ini merupakan antara tonggak penting yang memacu Sabah menamatkan kempen Liga Super 2024/25 di kedudukan ketiga dengan 40 mata.

Sabah dijangka kehilangan lebih ramai pemain utama selain Dominic dan Stuart dimana Saddil Ramdani telah mengucapkan selamat tinggal kepada kelab itu.

”Hai kawan-kawan, saya sangat berbangga dan berterima kasih kerana telah menjadi sebahagian daripada pasukan ini selama 4 tahun 5 bulan,” tulis Saddil di Instagram.