Dalam satu insiden yang mengejutkan, Domino’s Pizza Jepun terpaksa bersikap tebal muka selepas tular sebuah video yang merakam tingkah laku pengotor seorang pekerja yang mengorek hidung semasa sedang menyiapkan pizza.

Rakaman itu difahamkan berasal dari cawangan Amagasaki yang terletak di Hyogo Prefecture, Jepun, di mana seorang individu, memakai seragam berjenama Domino dan sarung tangan biru dirakam melakukan kelakuan pengotor semasa menyediakan doh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Video yang kini tular itu muncul pertama kali di laman web forum popular Bakusai, di mana pekerja terbabit dirakam mengorek hidung sebelum menyentuh doh.

Tindakan itu pantas mendapat perhatian meluas, menyebabkan kemarahan orang ramai dan mendorong tindakan pantas daripada Domino’s Pizza Jepun.

Sebagai tindak balas kepada bantahan orang ramai, Domino’s Pizza mengeluarkan permohonan maaf, menyatakan kekesalan yang mendalam atas kejadian berlaku.

Kenyataan itu menekankan komitmen syarikat untuk menegakkan piawaian kebersihan dan sikap tanggungjawab yang ketat terhadap makanan yang bakal disediakan kepada pelanggan.

Domino’s Pizza Jepun turut mengumumkan bahawa premis tersebut akan digantung operasi dan bakal mengambil tindakan tatatertib terhadap pekerja yang melakukan kesalahan tersebut.

The Japan Times melaporkan bahawa pekerja itu akan dihukum oleh pihak Domino’s.