Donald Trump dikecam teruk oleh netizen di media sosial selepas mencadangkan solusi kepada masalah jenayah yang tinggi di Amerika Syarikat dengan menggunakan kaedah yang terdapat dalam filem The Purge.

Difahamkan semasa perhimpunan di Pennsylavania baru-baru ini, Trump mencadangkan satu kaedah untuk menggurangkan aktiviti jenayah dengan membenarkan polis menangani isu tersebut dalam ‘satu jam yang sukar’.

“Satu jam yang sukar dan saya maksudkan benar-benar sukar, berita akan tersebar dan ia akan berakhir serta-merta,” katanya.

Malah, Trump berkata yang dia sedia menggunakan ketenteraan terhadap orang awam dan kini bakal pertimbangkan satu ‘hari yang cukup kejam’ dalam memberi teladan kepada semua pencuri dan seumpamanya.

Pengguna media sosial dengan pantas menterjemahkan kenyataan Trump itu dengan bahasa yang lebih mudah difahami di mana rakyat bebas melakukan apa sahaja tanpa hukuman untuk satu jangka masa singkat seperti plot filem The Purge.

Donald Trump Dikecam Cadangkan Kaedah Filem The Purge Untuk Tangani Isu Jenayah Di AS
Sumber Gambar: Movieweb

Jika kalau anda tidak pernah menonton filem The Purge, ia merupakan satu kisah di mana kerajaan membenarkan orang ramai melakukan sebarang jenayah serta menggunakan segala senjata yang dimahukan dalam tempoh 12 jam. Ini bermaksud segala jenayah yang dilakukan pada ketika itu tidak dikira melanggar undang-undang.

Dengan cadangan yang sebegitu sadis, sudah pasti Donald Trump dikecam teruk oleh netizen di media sosial kerana mengganggap ia sesuatu yang tidak masuk akal dan telah melanggar hak asasi manusia.

“Trump secara jelas mencadangkan The Purge, mungkin dia baru habis tonton filem tersebut dan berkata, ‘Mungkin kita patut mencuba,” seloroh seorang netizen di X.

“Macam mana seseorang boleh mendengar kenyataan ini dan boleh bersetuju dengan agenda tersebut?” soal seorang netizen.

“Begini cara seorang penjenayah bercakap,” tulis seorang lagi.

Dalam pada itu, slogan filem itu “Keep American Great Again” mendapat perhatian daripada pengguna maya dan media apabila ia merupakan slogan yang sama digunakan oleh Trump sewaktu berkempen pemilihan semula 2020 yang lalu.