Mahukah anda melihat hasil doodle anak atau anak buah anda tertera di halaman Google? Nampaknya kini Google Malaysia telah membuka peluang melalui sebuah pertandingan penghasilan Doodle.

Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah pertama kali Google Malaysia telah mengajurkan program seperti ini. Program yang mula dilancarkan buat pertama kali pada 2014 kini bakal diteruskan pada tahun ini bersempena dengan Hari Malaysia.

Lebih menarik, pertandingan ini dibuka kepada empat kategori mengikut umur membolehkan setiap anak muda menyerlahkan kretiviti masing-masing berdasarkan kelompok. Pada tahun ini tema ‘Meraikan Kepelbagaian Malaysia’ atau ‘Celebrating Malaysia’s Diversity’.

Berikut merupakan antara pemenang Doodle 4 Google pada tahun 2014 mengikut kategori.

Pemenang kategori umur 7-9 tahun, Vaisnawi Harulnathan
Pemenang kategori umur 10-12 tahun, Chin Joe Yi
Pemenang kategori umur 10-12 tahun, Mohammed Anoof Ibrahim

 

Apa yang perlu anda lakukan anda hasilkan sebuah doodle dimana menampilkan logo google disertakan dengan elemen yang menampakkan kebudayaan Malaysia. Para peserta boleh menghasilkan hasil doodle baik dari segi digital mahupun secara kaedah biasa.

Buat anak muda yang berminat untuk menyertai pertandingan anjuran Google ini, anda boleh dapatkan maklumat mengenai Doodle 4 Google dengan lebih lanjut di sini. Mungkin ini satu-satunya peluang untuk anda menampilkan bakat anda serta membolehkan hasil seni anda tertera di halaman utama Google Malaysia.

Sumber