Sudah menjadi tanggungjawab buat setiap pengguna jalan raya untuk mengikut peraturan yang ditetapkan tanpa mengira pekerjaan dan pangkat. Di samping mengelakkan daripada berlakunya kemalangan, pematuhan undang-undang bakal memudahkan pengguna jalan raya yang lain.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila tular dalam Facebook Group B40 Buat Perangai Apa Harini di mana sebuah kereta Proton Saga berwarna hitam yang dilihat mengganggu lalu lintas serta membuat double park.

Baca Juga:

Lebih mendapat perhatian ramai, kereta ini turut diletakkan vest polis pada bahagian hadapan sekaligus memberi gambaran pemilik kenderaan ini merupakan anggota polis.

Sumber: Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini

Perkongsian ringkas yang dibuat sekaligus telah mendapat perhatian netizen yang berpendapat menjadi anggota polis bukan lesen untuk membuat double park sesuka hati.

Sementara itu, terdapat juga netizen yang berpendapat pemilik Proton Saga berkemungkinan bukan polis kerana agak janggal dan pelik untuk seorang anggota polis mendedahkan identiti dan pekerjaan dengan cara tersebut.

Sumber: Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini
Sumber: Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini
Sumber: Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini

Tidak kurang yang berpendapat pemilik Proton Saga tersebut mungkin sekadar polis bantuan atau mereka yang baru sahaja bekerja sebagai anggota polis.

Sehubungan dengan itu, orang ramai tidak mengira anggota polis atau tidak dinasihatkan untuk mematuhi peraturan dalam memudahkan urusan pengguna jalan raya yang lain sekaligus mengurangkan kesesakan di sesuatu kawasan.