Doucoure puji Everton kerana sentiasa menyokongnya ketika dia berpuasa.
Bintang Everton Abdoulaye Doucoure terharu dengan sokongan diberikan Everton kepada pemain muslim yang berpuasa.
Doucoure puji Everton membekalkan pakar kelab mereka untuk membantu pemain berpuasa dalam aspek pemakanan terutamanya.
Pakar pemakanan kelab malah sanggup bangun seawal 4 pagi untuk menyediakan makanan khas buat pemain yang berpuasa.
Nutrisi yang disediakan untuk pemain berpuasa adalah berbeza. Kerana badan atlet seperti Doucoure sangat rumit untuk dijaga.
Untuk memastikan pemain kekal dalam kondisi terbaik secara fizikal dan pada masa yang sama membenarkan pemain menjalani ibadat yang dituntut dalam agama mereka, maka kelab telah melakukan segalanya yang terbaik untuk membantu pemain.
Docoure sempat membandingkan layanan ke atas pemain muslim di England dengan di Perancis.
Di Perancis tak ada layanan seperti ini
Walaupun Perancis adalah negara yang memiliki populasi muslim yang sangat tinggi di Eropah, namun pemain pemain beragama Islam di sana tidak disokong oleh kelab untuk berpuasa.
Banyak kelab atau jurulatih melarang pemain berpuasa. Malah Liga Perancis sendiri melarang pengadil menghentikan permainan seketika untuk pemain berbuka puasa.
FA Perancis Tidak Bernarkan Perlawanan Dihentikan Untuk Berbuka Puasa
Sebelum ini FA Perancis, melarang kesemua pemainnya di semua peringkat umur untuk berpuasa, jika mereka berada di kem kebangsaan. Atau mereka dihantar pulang jika ingkar. Alasannya, Perancis tidak mahu mencampur adukkan agama dengan sukan.
Sedangkan beberapa liga besar lain seperti EPL, Liga Sepanyol dan Liga Jerman sudah mengeluarkan garis panduan untuk membenarkan pengadil menghentikan seketika permainan jika ada pemain beragama Islam yang perlu berbuka puasa.
Buka puasa mereka bukannya lama, mereka akan memakan kurma dan meneguk air.
@aadamhaladh Noussair Mazraoui breaks his Ramadan fast at Old Trafford. #manutd #mazraoui #oldtrafford #manchesterunited #mnuful #facup
Doucoure puji Everton
Pemain Perancis berketerunan Mali, Doucoure puji Everton dengan berkata: “Kami yang berpuasa perlu bangun sebelum matahari terbit untuk bersahur.
“Tom [chef kelab] sanggup bangun seawal 4 pagi untuk menyediakan makanan buat kami.
“Saya bermain di Perancis sebelum ini, perkara seperti ini tidak pernah berlaku pun di sana.
“Di sini, sikap mereka: ‘Jika kamu menjalani ibadat puasa ketika ramadan, maka kami akan bantu kamu’,” tambah Doucoure.
🗣️ Abdoulaye Doucoure on being supported by Everton during Ramadan:
"We need to eat before sunrise. Tom (the club chef) would get up at 4 am to cook for us. I played in France and this type of thing never happened.
Here, the attitude is if you are doing Ramadan, then we are… pic.twitter.com/beB8VfNUdd
— Football Talk (@FootballTalkHQ) March 25, 2025
Musim sebelum ini, Doucoure menyatakan bahawa, berbuka puasa ketika sedang beraksi di atas padang, bukannya perkara baru di England. Kerana ianya sudah menjadi satu budaya yang diterima oleh masyarakat di sana termasuk jurulatih dan pemain lain.
Doucoure puji Everton dan Liga Inggeris itu sendiri yang sudah menganggap perkara seperti ini adalah sebahagian daripada bola sepak.
“Tahun lalu, saya bermain pada bulan ramadan menentang Burnley di tempat lawan. Saya berbuka puasa ketika perlawanan berlangsung. Sean Dyche pun ada di situ ketika itu. Bagi mereka, perkara ini bukan benda yang baharu pun.”
🎙️| Abdoulaye Doucouré; “Last year, when we played Burnley away, I was fasting. I broke my Ramadan during that game. Sean Dyche was there. For them, it’s nothing special.” pic.twitter.com/18CNAou3m0
— Everton Extra (@Everton_Extra) March 22, 2023
Dia juga pernah memuji EPL sebagai liga terbaik untuk pemain muslim sepertinya yang mahu menjalani ibadat puasa dan pada masa yang sama bermain bola sepak pada hari perlawanan.
“Ini membuatkan kami terasa benar benar diterima,” tegas Doucoure lagi.