Nota Editor: Semua doktor-doktor di bawah telah memberi keizinan untuk menerbitkan semula post Facebook mereka di Vocket.
Negara digemparkan dengan berita seorang pegawai perubatan pakar bius berusia 27 tahun maut dalam kemalangan tragik di Sungai Buloh ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Hospital Sungai Buloh semalam, selepas bertugas selama 32 jam tanpa henti. Ketika bertugas, beliau mengawal selia beberapa kes kritikal.
Dr Afifah Mohd Ghazi meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian dada dan kepala selepas kereta jenis Kelisa yang dipandunya melanggar pokok pada jam 3 petang, 3 km dari hospital tersebut.
Suami mangsa, Dr Mohd Hafizuddin Azman, seorang pegawai perubatan neurosurgical yang turut bertugas di hospital sama bergegas ke tempat kejadian untuk mengeluarkan jenazah mangsa yang tersepit di dalam kenderaan. Kaki beliau tersangkut di bawah papan pemuka (dashboard) ketika kejadian.
Allahyarham Afifah yang berasal dari Kamunting, Perak, meninggalkan suami dan seorang anak berusia 11 bulan.
Dr Afifah Mohd Ghazi yang pernah belajar di Universitas Padjadjaran (UNPAD), Bandung, menjadi satu simbol kerja keras dan dedikasi seorang pengamal perubatan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Kes tersebut mengundang perbincangan hangat di media sosial.
Dr. Noor Hayati Yasmin seorang pengamal perubatan di Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah, mengajak orang awam untuk memahami jerit perih yang terpaksa mereka alami.
Untuk menyelamatkan satu nyawa, seorang doktor fokus berjam-jam lamanya untuk memberikan yang terbaik. Kadang-kala sehingga mencapai 33 jam. Cerita Grey’s Anatomy juga telah menyentuh isu ini dalam salah sebuah sirinya. Tetapi kali ini, ia bukan lagi sekadar cerita. Ia adalah kisah sebenar, dengan risiko sebenar.
Doktor pun tahu risikonya. Ada yang sudah tidur sebentar selepas selesai syif, tetapi masih mengantuk. Doktor bukan robot, begitu juga staf hospital yang lain.
Usahlah marah-marah, kerja doktor bukan setakat memenatkan dari segi mental, tetapi dari segi fizikal. Mereka tidak senyum bukan kerana sombong, tetapi kerana kepenatan, yang amat sangat.
Maafkanlah doktor, mereka pun manusia biasa.
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan pula, seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail pula berkongsi sebab mereka yang bekerja di bahagian kesihatan sanggup bekerja keras.
Kes kemalangan melibatkan petugas kesihatan akibat kepenatan, bukanlah pertama kali berlaku.
Mereka adalah orang-orang yang sering dicaci maki, sering juga dilemparkan dengan pelbagai tuduhan, namun mereka menelannya dan berusaha lebih kuat.
Mungkin ada yang tidak menyangka, mereka juga ada keluarga. Ada suami, isteri dan anak. Terlalu banyak masa mereka korbankan untuk jawatan mereka, dan terlalu sedikit masa untuk keluarga. Jadi dapatkah mereka menunggu lagi?
Sudah terbalik begini pun, masih fikirkan orang lain.
Dengan ikhlas, mereka sedia membantu.
Dr Mahyuddin Mohamed, seorang Pakar Bedah Ortopedik di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), mencadangkan pembaharuan di dalam sistem penggiliran doktor dan penambahan petugas kesihaan. Dalam Facebook post yang lebih awal, Dr Mahyuddin berkongsi.
Cubalah tanya kepada doktor-doktor di Malaysia ini, pernahkah mereka terlelap ketika memandu? Jawapannya sudah pasti, “Ya”. Keluarga saya sendiri yang ada 8 orang doktor, semuanya pernah terlelap. Isteri saya pernah terbabas ke bahu jalan, 2 adik ipar saya terlelap dan tersondol kereta di depan ketika mereka beratur mahu bayar tol dan saya sendiri pernah melanggar pembahagi jalan (divider) ketika memandu. Alhamdulillah kami masih bernyawa. Pakar yang dikejutkan beberapa kali oleh Pegawai Perubatan kerana konsultasi kes pun akan mengantuk akibat tidur terganggu, apatah lagi Pegawai Perubatan yang langsung tidak tidur pada malam harinya?
Ini pula post terbaru Dr Mahyuddin.
Pihak KKM telah turun padang tentang kes ini. Arwah Dr Afifah telah berehat sebelum memulakan perjalanan.
Badan-badan kedoktoran seperti PAPISMA dan IMAM mula mengumpul data kemalangan.
Jadual penggiliran yang dicadangkan oleh Dr Mahyuddin.
Langkah-langkah yang boleh diambil sendiri untuk memastikan kecergasan sebelum memandu.
Membincangkan penambahbaikan melalui saluran yang betul dan ucapan terima kasih buat Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang terbuka mendengar pandangan petugas-petugas kesihatan.
Kami menyokong penambahbaikan yang akan dilakukan.
Kami mengucapkan salam takziah buat keluarga Dr Afifah, Al-Fatihah.
BACA: Ini Mungkin Jawapan Terbaik Kenapa Klinik Dan Hospital Kerajaan Masih Lebih Baik
BACA Lagi: Kurangkan Ketegangan Di Hospital Kerana Mungkin Ini Dalam Fikiran Mereka