Dr. Agus kasihan melihat Abdul Wahab yang diserang dengan soalan terlalu banyak oleh wartawan yang boleh menyebabkan Wahab pening.

Bekas Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Dr. Agus dan Wahab tampil dalam sidang media khas bagi menafikan bahawa mereka ada hubungan songsang seperti digembar gemburkan segelintir pihak.

Baca Juga:

Menurut Agus, perbualan video dia dengan Wahab telah disunting dan disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang berniat jahat ke atasnya, kerana mahu menjatuhkan reputasi dan maruahnya.

Kredit gambar: BERNAMA

Perkara itu turut disahkan Wahab yang mendakwa ada pihak yang didalangi Mr. H sakit hati dengan Dr. Agus telah menjadi pelaku utama menyunting video tersebut.

Kemudiannya, wartawan mahu mendengar pengesahan daripada Wahab. Kerana dia sahaja yang boleh mengesahkan bahada video yang disebarkan di media sosial itu adalah fake dari segi perbualan dan suntingan yang dibuat pada video.

Wahab mengiyakan soalan wartawan itu, namun Agus kasihan dengan Wahab yang dia anggap seperti anak dia sendiri. 

Dr Agus meminta wartawan bertanya sahaja soalan kepadanya tak perlu buat Wahab pening kerana dia mahu Wahab bertenang selepas melalui hari yang sukar.

Agus Kecewa Jadi Mangsa Video ‘Fake’: “Wahab Naif, Dia Seperti Anak Saya Sendiri”

“You [kamu] tanya Wahab banyak banyak, [nanti] pening[lah] Wahab. Perlahan lahanlah, tanya semua soalan kamu kepada saya, biarkan dia [Wahab] bertenang,” jelas Agus menunjukkan sisi seorang ayah seperti yang dia tegaskan kepada wartawan.

Di mana sebelum itu dia menyatakan: “Wahab seorang yang naif, dia [masih] anak kecil dan saya anggapnya seperti anak sendiri.’

Detik Agus mempertahankan Wahab di hadapan media menarik perhatian ramai. Saksikan:

Dr. Agus menafikan sekeras kerasnya dia dan Wahab tergamak melakukan perbuatan terkutuk. Agus juga sangat sedih kerana keluarganya terpalit dengan kontroversi itu.

Lantas Dr. Agus nekad mahu menyaman pihak yang menyunting dan mengedarkan video tersebut di media sosial.