Siapa yang tidak kenal dengan jenama boots dari England ini. Dr.Martens Bekerjasama dengan jenama streetwear legenda Jepun, A Bathing Ape untuk satu koleksi yang sangat awesome.

Koleksi edisi khas ini hadir dengan model 3-Eye dan 8-Eye dengan dua pilihan warna; hitam dan maroon. Menarik tentang kasut ini adalah CAMO motif embossed yang menghiasi kasut ini. Kalau tengok sekali pandang, nampak macam kasut Dr. Martens biasa tetapi corak CAMO ini menjadikan kasut ini unik dan minimalis.

Baju dan beg juga akan dihasilkan sempena kolaborasi ini. Ianya akan dilancarkan di semua butik BAPE seluruh dunia dan secara atas talian bermula 27 Januari ini. Bagaimana pun, dua model kasut Dr. Martens ini akan turut dijual di butik Dr. Martens terpilih di seluruh dunia. Kalau masuk kasut ini di pasaran Malaysia, boleh jadi kasut anda untuk ke pejabat. Memang kacak.

BAPE 1

BAPE 2