Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau yang lebih mesra dengan panggilan Dr Maza meluahkan kekecewaan beliau terhadap syarikat kereta dari Jepun.
Menurut perkongsian di laman Facebook, salah seorang pegawainya memberitahu bahawa syarikat itu enggan untuk menjalankan servis ke atas kereta yang digunakan ketika urusan rasmi.
Baca Juga:
- ‘SG Road Vigilante’ Kembali Buat Hal, Isi Minyak Kereta Dengan RON95

- Pengusaha Kedai Cuci Kereta Hanya Terima Pelanggan Dari Warga Singapura Akan Dibatalkan Lesen Perniagaan

- ‘Leader’ Paksa Beli Kereta RM120,000, Ejen Insurans Ini Pening Kepala Nak Bayar Penyelenggaraan

Dr Maza Kecewa Dengan Syarikat Jepun
“Agak mengejutkan, apabila saya dimaklumkan oleh pegawai saya bahawa pusat servis Honda agak keberatan untuk membaiki kereta saya sehinggalah saya menurunkan status yang mempersoalkan kualiti Honda 3 hari lepas.

“Perbualan itu dirakam. Saya fikir syarikat besar seperti Honda sepatutnya lebih profesional dalam hal ini. Servis dan pembaikan selama ini pun bukan percuma.
“Bahkan bukan sebarangan cajnya. Untuk maklumat, banyak kereta Honda Kerajaan Negeri memang menghadapi pelbagai masalah.
“Saya difahamkan himpunan aduan ke atas pusat servis juga sedang dikumpulkan. Itu yang menyebabkan pengguna Honda kadang-kala cuba baiki di tempat lain.

“Saya sebut hal ini untuk iktibar para pengguna dan mereka yang ingin membeli kereta,” tulisnya.
Sebelum ini, Dr Maza mempersoalkan kualiti kereta jenama itu apabila rosak ketika beliau dalam perjalanan pulang ke Perlis.

“Ini bukan kali pertama Honda Accord buat perangai. Sudah beberapa kali. Di samping kualiti kereta yang tidak memuaskan, tempat servis Honda di Perlis juga bagi saya tidak memuaskan,” tulisnya di Facebook.