Trend swafoto atau lebih dikenali sebagai selfie mungkin bukan sesuatu yang baru buat Rakyat Malaysia. Trend ini dilihat semakin berkembang selepas orang kenamaan atau para menteri juga turut berminat untuk selfie bersama rakyat. Dalam pada itu, mendapatkan gambar yang beramai-ramai atau wide turut menjadi masalah buat pengguna.

Menggabungkan tenaga kerja dari London, Milan dan Shanghai syarikat ini telah hadir dengan sebuah produk yang inovatif iaitu AirSelfie. Sebuah dron mini khas buat kaki selfie.

Hadir dengan saiz seberat 52 gram serta boleh dimuatkan dalam poket, AirSelfie mungkin antara dron yang terkecil dengan rekaan paling inovatif setakat ini. Penyediaan 4 kipas pada AirSelfie membolehkan dron ini diterbangkan sehingga 20 meter meskipun mempunyai saiz yang ‘comel’.

Turut didatangkan bersama AirSelfie adalah sebuah case yang sangat cool dan practical. Bukan sekadar untuk menyimpan AirSelfie di dalam poket dengan lebih terurus, malah turut menjadi port pengecasan buat AirSelfie.

Nak tahu apa lebih awesome? Pengawalan AirSelfie boleh terus dikawal menggunakan smartphone anda. Hanya perlu setkan kepada sudut yang diingini dan klik butang ‘shoot‘ untuk mengambil gambar.

Setakat ini AirSelfie cuma ditawarkan secara terhad di KickStarter dengan harga permulaan $261.45 (~RM1160.84). Sememangnya sebuah harga yang premium untuk sebuah device yang cool khusus buat kaki selfie.

Sumber