Dengan lebih 8,000 penyertaan untuk pertandingan tahun ini, seni rakaman menggunakan Drone kini semakin mendapat perhatian umum. Dronestagram Photography Contest yang dianjurkan oleh National Geographic untuk tahun keempat ini menerima penyertaan yang lebih hebat berbanding tahun lepas.
Kesemua penyertaan dihantar dari drone enthusiasts dari seluruh dunia. Pengarah Dronestagram, Guillaume Jarret sangat terpegun dengan gambar-gambar yang dirakam. “Kami terkesima dengan kualiti gambar yang dihantar tahun ini dan bakat merakam gambar semakin bagus dan begitu juga dengan teknologinya. Drone kini salah satu cara untuk kita melihat dunia, seperti seekor burung melihat pemandangan indah dari atas,” kata Jarret.
Tambah Jarret lagi beliau dan juri menghadapi masalah apabila cuma 3 gambar sahaja yang akan terpilih untuk setiap kategori dan menurut beliau, memang banyak gambar lain yang boleh menang cuma mungkin kalah dalam beberapa mata sahaja.




Di sini hanya beberapa gambar dari 4 kategori yang dipertandingkan; Nature, People, Urban dan Creativity. Untuk melihat senarai pemenang secara penuh, boleh lihat di sini. Yang ada DJI Phantom dekat rumah tu, takkan tak nak test power pertandingan Dronestagram ini? Mungkin boleh cuba masuk untuk edisi tahun hadapan. Belum cuba belum tahu!