Siapa sahaja tidak mengenali Cik B, dia bukan sahaja sering melakukan jualan di TikTok malah rajin berkongsi video-video kehidupan sehariannya. Netizen pula suka melihat gelagat lucu bersahaja Cik B bersama emaknya.

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @quputehtomatohq yang meraih perhatian ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di  dalam video berkenaan, memperlihatkan DSV yang menelefon Cik B untuk bayarkan baju dan beg yang ingin dibelinya itu.

“Cik B, ma nak beli ni, nak beli baju nak beli beg, Cik B bayarkan untuk mama boleh? dalam Rm 90, Rm 90 ribu”-kata DSV.

@quputehtomatohq

90 ringgit 😭 #dsv #datoserivida #cikb #fyppppppppppppppppppppppp #masukberandafyp #masukberanda #masukfyp #datoserividafyp #cikbhavoc #masukberandagak

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.4 juta, tanda suka sebanyak 85 ribu dan sebanyak 685 komen.

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut dalam masa terkedu mendengar permintaan DSV kepada anak perempuannya. Mereka juga mengatakan bahawa rezeki Cik B makin melimpah ruah kerana sering belanja ibunya itu.

Sumber Gambar: TikTok quputehhq
Sumber Gambar: TikTok quputehhq

Selain sebahagian netizen ada yang mahu menjadi seperti Cik B, ada yang berseloroh meminta duit raya memandang ia bakal menjelma tidak lama lagi.

Apa-apa pun berbuat baik dengan ibu bapa memang digalakkan dalam Islam dan bakal diberi balasan berlipat kali ganda di akhirat kelak.