Rangkaian pasar raya besar terkemuka, AEON BiG mengumumkan penutupan dua buah pasar raya mereka.
Menerusi kenyataan rasmi dikongsikan, AEON BiG Sri Petaling dan AEON BiG Penang akan menamatkan perkhidmatan pada 30 September ini.
“Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan kami. Kami berharap dapat terus berkhidmat kepada anda di cawangan AEON BiG yang lain.
“Terima kasih, daripada kami semua di AEON BiG,” petik kenyataan rasmi.