Polis kini menahan dua lelaki warga tempatan dipercayai menggodam papan menu digital sebuah restoran makanan segera di Kuala Langat pada Selasa lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata dua lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.
Baca Juga:
- Dr Zulkifli Kagum Tengok Kanak-Kanak Turut Bersolidariti Ke Atas Palestin Melalui Permainan Roblox
- Jam Rolex Datejust Dr. Zulkifli Berjaya Terima Bidaan Tertinggi Berjumlah RM135,000
- Aeril Zafrel Jual Lamborghini, Sumbang Sebahagian Hasil Jualan Kepada Dana Palestin
Menurutnya, pengurus restoran makanan segera itu membuat laporan memaklumkan papan menu digital restoran berkenaan digodam.
Difahamkan papan menu digital itu telah berubah memaparkan imej darah, bom, peluru dengan tulisan “Proud Sponsors Of Israeli Terroism”.
Susulan itu, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995. Polis turut merampas telefon bimbit kedua-dua suspek berkenaan.
Serangan siber sedemikian dilihat semakin menjadi-jadi selepas konflik peperangan di Gaza pada ketika ini. Bagi sesetengah individu ini mungkin salah satu cara “bersolidariti” dalam melawan kekejaman regim Zionis yang membunuh orang awam di sana.