Dua kelab Malaysia berada dalam senarai 10 kelan paling bernilai dalam rantau Asia Tenggara.
Nilai kelab di rantau ini meningkat setiap tahun ekoran prestasi cemerlang pemain sedia ada dan penambahan pemain baharu yang dibawa masuk.
Baca Juga:
- Liga Malaysia Berada Di ‘Top 4’ Liga Paling Bernilai Asia Tenggara

- Arif Aiman Antara Pemain Usia 23 Tahun Paling Mahal Asia Tenggara

- ACL Elite 2025/26: JDT Berdepan Cabaran Kelab Jepun Dan China

Dua Kelab Malaysia Dalam Senarai Top 10
Buriram United muncul sebagai kelab paling bernilai di Asean dimana pasukan mempunyai nilai sekitar €15.25 Juta.
Barisan pemain bintang, tempatan mahupun import menjadi penyumbang terbesar kepada nilai semasa Buriram.
Di tangga kedua ialah Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan nilai €14.10 Juta. Sama dengan Buriram, deretan pemain bintang yang dimiliki JDT menetapkan nilai semasa kelab itu.

Di tangga ketiga ialah kelab Vietnam iaitu Nam Dinh dimana pasukan ini mempunyai nilai semasa €9.21 Juta. Tangga keempat diisi oleh satu-satunya kelab dari Singapura iaiti Lion City Sailors dengan nilai €9.15 Juta.
BG Pathum United dan Bangkok United masing-masing menduduki tangga kelima dan keenam dengan nilai €8.28 Juta dan €7.05 Juta manakala Cong An Hanoi di tangga ketujuh dengan nilai €6.80 Juta.

Satu lagi kelab Malaysia iaitu Selangor berada di tangga kelapan dengan nilai semasa €6.56 Juta dan dua lagi kelab iaitu Hanoi FC serta Dewa United berada di tangga ke-9 dan ke-10 dengan nilai €5.65 Juta dan €5.49 Juta.