Jumaat lalu, tular di media sosial mengenai satu laporan berkaitan dengan kes pembunuhan seorang wanita berumur 27 tahun dan anaknya yang berusia 11 tahun yang dikerat lapan dipercayai dibunuh oleh suaminya sendiri.
Seorang lelaki warganegara Singapura ditahan selepas menjadi suspek utama dalam kes tersebut berikutan penemuan lapan bahagian anggota badan manusia yang dibuang ke dalam semak di Kampung Ladang, Krubong Khamis lalu.
Kedua-dua mangsa tersebut disyaki dibunuh di rumah teres dua tingkat milik mangsa di Taman Merdeka Jaya sebelum dibuang ke kawasan semak.
Polis turut menemui kepala dua beranak yang dibunuh dan dikerat lapan bahagian Khamis lalu, disorok di siling rumah mangsa.
https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1183609602253869056?s=19
Semalam, Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim enggan mendedahkan penemuan anggota badan terbaharu iaitu kepala mangsa tersebut kerana dikhuatiri mengganggu siasatan.
Pihaknya juga sedang berusaha mencari bahagian pergelangan tangan yang difahamkan telah dibuang ke dalam tong sampah dan dikutip oleh pekerja pembersihan.
Sebuah posting yang dimuat naik di Twitter turut melaporkan bahawa kepala dua beranak yang menjadi mangsa pembunuhan kejam itu ditemui di atas siling rumah mereka.
Lagi berita mengenai tragedi pembunuhan pada pautan di bawah. Klik untuk bacaan lanjut.
Bunuh Dan Simpan Dalam Peti Sejuk, Apa Sudah Jadi Dengan Pengasuh?